Win Metawin Dan Coca-Cola Mengungkapkan Keajaiban Momen Makan Bersama Dalam Filem Menyentuh Hati Yang Meraikan Kemesraan Hubungan Adik-Beradik



Tontoni Win di sebalik tabir filem Coca-Cola® pertamanya, yang merakamkan detik berharga bersama keluarga.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 29 Ogos 2023 - Saat yang dinanti-nantikan jutaan peminat Coca-Cola dan Win Metawin telahpun tiba. Coca-Cola® dan Duta Jenama ASEAN Win Metawin, hari ini, melancarkan filem atas talian menyentuh hati yang kini menjadi sebahagian daripada kolaborasi kempen 'Resipi Sebuah Keajaiban'. Filem yang disiarkan di saluran rasmi Coca-Cola dan akaun Instagram Win ini berkisar tentang keajaiban yang tercipta apabila keluarga dan orang yang tersayang berkumpul untuk makan bersama, dilengkapkan lagi dengan rasa Coca-Cola yang menyegarkan.

image_0001.jpeg

Dilancarkan di seluruh Asia Tenggara – dari Thailand, Filipina hingga ke Vietnam, Kemboja, Myanmar, Indonesia, Malaysia dan Singapura – perjalanan 'Resipi Sebuah Keajaiban' Coca-Cola bukan sekadar taktik pemasaran semata-mata. Lebih dari itu, kempen ini sebenar-benarnya menggambarkan bagaimana waktu makan mampu menyatukan serta mengukuhkan jalinan sesama insan di meja makan, seperti yang diungkapkan oleh duta jenama Coca-Cola ASEAN Win Metawin yang berkarisma ini.

Filem yang menyentuh hati ini menekankan kepentingan waktu makan bersama keluarga dalam mencipta momen santai yang bukan sahaja menenangkan malah kenangan yang sukar dilupakan – walaupun bagi seorang bintang Asia! Ia mengisahkan pengalaman Win memasak piza dengan gayanya yang tersendiri di rumah — bermula dari saat beliau berlegar-legar di laluan pasar raya untuk mencari inspirasi, bertanyakan idea memasak daripada para peminatnya, sehinggalah detik beliau membuat kejutan kepada adik-beradiknya dengan membawakan piza lazat air tangannya itu tadi. Cerita ini diakhiri dengan babak indah pertemuan keluarga Win yang menikmati piza bersama Coca-Cola, di mana hilai tawa dan kasih sayang menjadi hidangan utama.

Menurut Baron Magtanong, Pengurus Pemasaran Rantau Coca-Cola®, "Kempen 'Resipi Sebuah Keajaiban' kami bertujuan mengabadikan detik hubungan yang berharga seumpama ini. Kami berharap kemesraan dan tenaga Win seperti yang terungkap dalam filem ini akan memberikan inspirasi untuk kita semua mencipta 'resepi sebuah keajaiban' sendiri dan menjadikan waktu makan bersama sebuah kenangan yang terindah."

Ketika membuat keputusan untuk memasak, Win Metawin berkata beliau amat senang sekali untuk mengambil cadangan masakan daripada para peminatnya. Win turut mengimbau kembali ikatan memori yang terjalin antara Coca-Cola dan piza: "Banyak kenangan indah antara saya dan adik-beradik saya di mana kami menunggu hantaran piza sambil berkongsi minuman Coke. Jadi, menerusi kempen 'Resepi Sebuah Keajaiban', saya berhasrat untuk menghidupkan semula momen-momen indah tersebut. Oleh sebab Coca-Cola telah sebati dalam momen serta jiwa kami sekeluarga, kempen ini secara peribadinya cukup bermakna buat diri saya."

Malahan, Win amat menghargai peluang untuk bekerjasama dengan adik-beradiknya di lokasi penggambaran. Tambah beliau lagi, "Berkongsi set lokasi filem ini bersama adik-beradik saya adalah satu-satunya pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Terima kasih Coca-Cola kerana merealisasikan keajaiban ini."

Kempen ini merupakan ekspresi 'Keajaiban Sebenar', falsafah global jenama Coca-Cola yang mempercayai bahawa setiap momen makan – baik yang rutin setiap hari mahupun yang dirancang khas untuk menyambut sesuatu keraian – akan mencetuskan keajaiban apabila dinikmati bersama. Apa yang diperlukan hanyalah kombinasi ramuan yang betul – bersama keluarga atau rakan-rakan yang tersayang sambil menikmati hidangan lazat yang dipadankan dengan kesegaran Coca-Cola® yang sejuk.

Ikuti keajaiban pengembaraan Win bersama Coca-Cola®. Untuk maklumat terkini serta lagi babak-babak yang menyentuh hati, layari laman rasmi kami: Facebook dan Instagram, atau http://www.coca-cola.com.my/ .



Hashtag: #CocaCola

发行人全权负责对本公告的内容
Tentang Coca-Cola ASEAN & Pasifik Selatan
Tentang Coca-Cola ASEAN & Pasifik Selatan
The Coca-Cola Company (NYSE: KO) adalah syarikat minuman total dengan produk yang dijual di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Tujuan syarikat kami adalah untuk menyegarkan dunia dan memberikan impak positif. Unit operasi Coca-Cola ASEAN & Pasifik Selatan (ASP) berkhidmat di 25 buah negara merentasi Asia Tenggara, Australia, New Zealand, dan Kepulauan Pasifik. Kami menawarkan portofolio minuman yang lazat termasuk minuman berkarbonat, air, jus, tenusu, nutrisi, sukan dan teh. Kami sentiasa menambah baik portofolio kami, baik dari segi mengurangkan kandungan gula dalam minuman kami mahupun memperkenalkan produk baharu yang inovatif ke dalam pasaran. Kami berusaha untuk memberikan impak positif dalam kehidupan individu, masyarakat, dan alam sekitar dengan penyelenggaraan semula air, kitar semula pembungkusan, amalan penyumberan lestari, dan pengurangan pelepasan karbon dalam rantaian nilai kami.

Menerusi kerjasama dengan rakan-rakan pembotolan, kami turut membantu menjana peluang ekonomi dalam kalangan komuniti tempatan di seluruh rantau ini. Ketahui lebih lanjut di dan ikuti kami di Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn.
来源:

Coca-Cola ASEAN & South Pacific

类别:

Entertainment

发布于:

29 Aug 2023

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们