Zoho Memperkenalkan Platform Komunikasi Bersepadu, Melancarkan Teknologi Kolaborasi Baharu untuk Zoho Workplace



Zoho Workplace mencapai Pertumbuhan Hasil sebanyak 38% Tahun ke Tahun di APAC dan mempunyai Lebih 16 Juta Pengguna di Seluruh Dunia

Singapura - Media OutReach - 6 Mac 2023 - Zoho Corporation, sebuah syarikat teknologi global terkemuka, hari ini memperkenalkan pengalaman kolaborasi baharunya yang dikenali sebagai Trident, serta teknologi kolaborasi yang diperkukuhkan bagi membolehkan perniagaan berkomunikasi dengan mudah merentasi pelbagai saluran, mengurangkan kesamaran peralatan atau tool-ambiguity, dan menambah baik keseluruhan penggunaan digital di sesebuah organisasi.


Dikenali sebagai sebuah hab kerja berpusat atau ibu pejabat maya, Zoho Workplace adalah sebuah platform pejabat yang disatukan dengan menggabungkan peralatan kolaborasi, produktiviti, dan komunikasi. Ia kini adalah sebuah suit e-mel perniagaan dan pejabat awan yang lengkap dengan pelbagai ciri dan fleksibel yang dibina atas model data umum dan disatukan menerusi carian dan AI, membolehkan pengguna beroperasi secara kolaboratif dan lancar menerusi aplikasi.

Mengulas mengenai penerusan inovasi itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar Zoho APAC, Gibu Mathew berkata, "Tahun lalu, penggunaan Zoho Workplace telah melonjak di rantau APAC apabila perniagaan yang merangkumi semua saiz beralih kepada model kerja hibrid, yang menjurus ke arah digital. Dengan tumpuan yang jelas terhadap penerusan inovasi, Zoho telah mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan pertumbuhan untuk perniagaan. Matlamat Zoho Workplace ialah untuk membolehkan perniagaan menyatukan kerja mereka hingga ke suatu tahap di mana perbezaan antara aplikasi akan hilang. Sememangnya amat menggembirakan apabila melihat semakin banyak perniagaan baharu menyertai keluarga Zoho, menggunakan Zoho Workplace platform pejabat utama mereka yang boleh disesuaikan."

Zoho Workplace telah berkembang sebanyak 38% tahun ke tahun (YoY) di APAC dan kini mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di seluruh dunia. Pertumbuhan besar ini didorong oleh peningkatan permintaan perniagaan terhadap penyelesaian yang serba ringkas lagi licin yang mengekalkan standard terbaik untuk privasi pengguna serta peningkatan kos daripada penyedia platform kolaborasi lain. Selain itu, penghijrahan daripada Google, Microsoft dan GoDaddy kepada Zoho Workplace turut meningkat hampir dua kali ganda pada 2022.

Berikut adalah apa yang terbaharu di Zoho Workplace:

1. Zoho Trident ialah pengalaman kolaborasi, produktiviti dan komunikasi serba baharu yang menggabungkan e-mel, pesanan, panggilan audio/video, kalendar, tugasan dan banyak lagi ke dalam satu tempat. Ia juga adalah aplikasi khusus untuk komputer pertama Zoho untuk e-mel dan sembang. Trident memberikan pengalaman yang berbeza berbanding produk individu, kerana Zoho berusaha untuk menyediakan platform yang disatukan kepada pelanggannya.

2. Platform Zoho Voice kini adalah sebuah Sistem Telefon penuh yang disepadukan terus dalam aplikasi kolaborasi pasukan Zoho Cliq dan aplikasi persidangan web Zoho Meeting. Ini membolehkan pekerja membuat panggilan talian terus dan menghantar pesanan SMS, serta menjawab panggilan masuk merentasi aplikasi.

3. Zoho Webinar kini adalah sebahagian daripada aplikasi persidangan web Zoho Meeting yang membolehkan anda menyiarkan diri anda kepada ratusan hadirin dan berinteraksi dengan mereka menggunakan Undian dan Soal Jawab.

4. Zoho sedang melancarkan peralatan tatabahasa baharu yang berasaskan AI, BluePencil. Ia menawarkan cadangan penulisan dan penyuntingan teks yang boleh digunakan pada mana-mana laman sesawang pihak ketiga.

5. Fungsi Universal Drag & Drop menjimatkan masa dan menambah baik pengalaman pengguna melakukan pelbagai perkara merentasi saluran kerjasama. Sebagai contoh, leret lampiran e-mel dan terus hantar dengan melepaskannya ke dalam ruangan sembang rakan sekerja anda.

6. Keupayaan Pengurusan Peranti Mudah Alih dan E-mel Terbatas OTP telah dimasukkan ke dalam suit pejabat selaras dengan tumpuan Zoho terhadap keselamatan.

7. TrueSync telah dimasukkan ke dalam Zoho Workdrive supaya had penstoran pemacu keras tidak lagi menjadi suatu masalah. TrueSync mencipta cerminan semua fail dan folder WorkDrive dalam komputer anda supaya anda boleh menukar dengan mudah antara awan dan komputer anda. Anda boleh mengakses fail secara lokal dan membuat perubahan tanpa memakan ruang pemacu keras.

Harga Zoho Workplace:
Zoho Workplace boleh didapati dalam tiga edisi: Standard AS$3 setiap pengguna sebulan. Profesional AS$6 setiap pengguna sebulan. Zoho Mail AS$1 setiap pengguna sebulan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.zoho.com/workplace/

Ikrar Privasi Zoho
Zoho menghormati pengguna dan tidak mempunyai model pendapatan iklan dalam mana-mana bahagian perniagaannya termasuk produk percumanya. Syarikat itu memiliki dan mengendalikan pusat datanya sendiri, memastikan pengawasan penuh data pelanggan, privasi dan keselamatan. Lebih daripada 80 juta pengguna di seluruh dunia, merangkumi ratusan ribu syarikat, bergantung kepada Zoho setiap hari bagi menjalankan perniagaan mereka, termasuk Zoho sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: https://www.zoho.com/privacy-commitment.html



Hashtag: #Zoho

发行人全权负责对本公告的内容
Mengenai Zoho
Mengenai Zoho
Dengan lebih 55 aplikasi dalam hampir setiap kategori perniagaan utama, Zoho Corporation adalah salah satu daripada syarikat teknologi paling prolifik di dunia. Berpangkalan di Austin, Texas, dengan ibu pejabat antarabangsa di Chennai, India, Zoho merupakan syarikat pegangan persendirian dan menguntungkan dengan lebih 12,000 pekerja. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi:

来源:

Zoho

类别:

Technology

发布于:

06 Mar 2023

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们