5 petua keselamatan untuk mengelak daripada perisian hasad pada internet dalam 2023



Pakar keselamatan OctaFX menerangkan jenis perisian hasad paling biasa yang dapat menjangkiti peranti dan cara untuk mengelak daripadanya dengan lima langkah keselamatan.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 20 Februari 2023 - Menurut institut AV-Test, pembekal bebas perkhidmatan keselamatan sekuriti, terdapat lebih daripada 1.2 bilion perisian hasad dalam talian pada 2023. Setap hari, organisasi mengesan 450,000 program baharu perisian hasad dan aplikasi berpotensi tidak diigini. Pelbagai penipu dan penggodam menggunakan program itu untuk mencuri wang, maklumat sensitif, atau bahkab juga menggunakan pengenalan dalam talian anda untuk kepentingan diri sendiri. Anda boleh melindungi diri anda dengan belajar tentang perisian hasad dan cara mengelak daripadanya dengan menggunakan panduan daripada OctaFX.

OctaFX_img.jpg

Jenis-jenis perisian hasad

Sementara internet mengandungi lebih daripada satu bilion jenis perisian hasad yang berbeza, terdapat beberapa jenis biasa yang perlu diberi perhatian. Ia termasuk:

  • Perisian Tebusan. Jenis perisian hasad ini menghalang akses kepada komputer anda atau data yang disimpan di dalamnya sehingga wang tebusan dibayar. Data selalunya disulitkan, dan sebarang percubaan untuk memintas sekatan mungkin membawa kepada kehilangannya sama sekali. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa penggodam akan menyahsulit data atau anda akan menerima kunci penyahsulitan yang betul sebaik wang tebusan dibayar.
  • Perisian Intip. Malware sebegini digunakan untuk mengumpul maklumat tentang pengguna tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka. Program Perisian Intip cuba untuk mencuri butiran dan maklumat pembayaran, selalunya dengan menguasai ketukan kekunci.
  • Perisian Iklan. Perisian ini dalam beberapa cara serupa dengan perisian intip. Walupun ia tidak bertujuan mencuri butiran anda, ia mengumpul maklumat tentang aktiviti web anda, minat, rakan, tempat tinggal anda, atau tempat anda bercuti, dan kemudian menjual 'profil' sebegini kepada pengiklan. Dalam beberapa kes, perisian iklan secara automatik memuat turun atau memaparkan iklan kepada anda.
  • Trojan. Trojan selalunya menyamar sebagai perisian yang pengguna mungkin perlukan untuk memuat turun secara percuma, seperti permainan cetak rompak. aplikasi, program, dan perkhidmatan. Apabila dilancarkan, trojan akan mengambil alih sistem dan sama ada memudaratkan komputer atau mencuri maklumat sensitif.
  • Cacing. Program bertujuan jahat ini akan mengeksploitasi program yang mudah diserang dan sistem pengendalian untuk memasang sendiri ke dalam rangkaian. Sebaik ia berada di situ, ia bukan sahaja mencuri maklumat sensitif, malah mungkin juga akan digunakan pleh penggodam untuk melancarkan serangan DDoS, serangan perisian tebusan, dan menyalin diri ke komputer lain di rangkaian.
  • Virus. Seperti cacing, virus mungkin mencuri maklumat sensitif dan melancarkan pelbagai serangan siber. Walau bagaimanapun, virus sentiasa sebahagian daripada aplikasi tertentu dan tidak boleh melaksanakan atau menjangkiti komputer lain di rangkaian kecuali program hos sedang berjalan.

Lima petua keselamatan untuk mengelak daripada perisian hasad pada 2023

Apa-apa pun program perisian hasad di atas, anda tidak mahu ia berada di komputer anda. Selain daripada mencuri maklumat peribadi dan memudaratkan peranti anda, pelbagai perisian hasad mungkin mengancam komputer lain di rangkaian. Ini boleh menjadi sangat dahsyat jika ia adalah rangkaian di tempat kerja, kerana ini boleh menyebabkan kebocoran data yang besar yang menjejaskan syarikat dan pelanggan anda. Berukut adalah lima petua keselamatan daripada OctaFX yang dapat membantu anda mengelak daripada perisian hasad dalam talian:

  • Guna perisian antivirus . Memasang perisian antivirus pada komputer akan mengurangkan dengan banyak risiko memuat turun dan menjalankan perisian hasad. Imbas pemacu USB dan segalanya yang anda memuat turun daripada sumber yang tidak diketahui untuk perisian hasad.
  • Elak daripada aplikasi dan perisian cetak rompak. Fail percuma sebegini mungkin mengandungi bonus yang tidak diperlukan, seperti trojan dan virus, yang amat membahayakan komputer anda dan mencuri maklumat perbadi anda.
  • Berhati-hati semasa membuka e-mel yang mencurigakan. Jangan memuat turun dan membuka sebarang fail daripada alamat e-mel yang tidak diketahui. Lampiran e-mel mungkin mengandungi perisian hasad, walaupun nama fail tidak menampakkan apa-apa ancaman.
  • Pasang perisian terkini . Ia selalunya mengandungi tompok keselamatan penting yang membuatkan ia lebih sukar bagi perisian hasad untuk mengeksplotasi kelemahan mereka.
  • Sandarkan data anda. Dengan cara ini, walaupun jika program hasad menyekat komputer anda dan menyulitkan data anda, anda akan dapat memulihkan ia selepas program hasad telah dipadamkan.

Penjenayah siber mencipta ribuan program hasad baharu setiap hari. Sementara petua di atas tidak dapat memberikan anda pengawalan sepenuhnya terhadap mereka, pada mulanya mereka dengan ketara mengurangkan risiko mendapat perisian hasad.



Hashtag: #OctaFX

发行人全权负责对本公告的内容
Tentang OctaFX
Tentang OctaFX
adalah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses bebas komisen untuk pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah diguna pakai pelanggan dari 150 negara dengan 21 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat analisis yang disediakan mereka membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat terbabit dalam rangkaian menyeluruh inisiatif amal dan kemanusiaan, termasuk menambah baik infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis ringkas membantu komuniti tempatan.

OctaFX telah juga memenangi lebih daripada 60 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah ' Broker Global Dalam Talian Terbaik 2022' daripada World Business Outlook dan anugerah 'Broker Global Asia Terbaik 2022' daripada International Business Magazine.
来源:

OctaFX

类别:

Business

发布于:

20 Feb 2023

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们