OctaFX: Inflasi tahunan Malaysia mungkin jatuh untuk bulan kelima berturut-turut



Inflasi Malaysia berkemungkinan menurun untuk bulan kelima berturut-turut pada Julai. Adakah akan ada kesan ke atas Bank Negara Malaysia (BNM)? Bagaimana kesan kepada ringgit? Kar Yong Ang, penganalisis pasaran kewangan OctaFX, berkongsi pendapat.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 25 August 2023 - Jabatan Statistik akan mengeluarkan data inflasi bulanan di Malaysia pada 25 Ogos. Inflasi tahunan dijangka menurun ke 2.1% pada Julai.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan bulan lepas, kadar inflasi tahunan Malaysia telah perlahan kepada 2.4% pada Jun 2023 daripada 2.8% pada Mei. Kadar inflasi lebih rendah telah direkod dalam makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Secara keseluruhan, inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding rantau jiran, dengan inflasi Jun di Indonesia, Filipina, dan Singapura masing-masing pada 3.5%, 5.4%, and 4.5%.

Perkembangan ekonomi Malaysia diunjurkan mengakhiri tahun ini dekat dengan hujung bawah julat 4.0% - 5.0%, menyumbang kepada penurunan inflasi tahunan pada separuh kedua 2023.

Menurut Kar Yong Ang, penganalisis pasaran kewangan OctaFX, inflasi tahunan akan terus jatuh pada Julai, penurunan bulan kelima berturut -turut. Kejatuhan sedemikian tidak boleh diabaikan oleh BNM, dimana sepatutnya memberi isyarat dasar monetari yang semakin lemah atau menyemak semula ramalan inflasi tahunan.

BNM berkemungkinan memilih untuk menyemak semula ramalan inflasi tahunan sedikit ke bawah. Walaupun pengawal selia tidak bertindak sedemikian, mata wang tempatan masih cenderung meningkat dalam nilai disebabkan perkembangan berterusan ekonomi Malaysia,'kata Kar Yong Ang. 'Dengan permintaan domestik bertambah di tengah-tengah peningkatan pekerjaan dan kejatuhan inflasi, ringgit mungkin meningkat, dengan USDMYR jatuh menghala ke 4.520 dan mungkin lebih rendah.'



Hashtag: #OctaFX

发行人全权负责对本公告的内容
OctaFX
OctaFX
adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses tanpa komisen ke pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan dari 180 negara yang telah membuka lebih daripada 42 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat analisis yang mereka sediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat terbabit dalam jaringan komprehensif amal dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan notis pendek menyokong komuniti tempatan.

Dalam rantau APAC, OctaFX menawan anugerah 'Broker Forex Terbaik Malaysia 2022' dan anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia 2022' masing-masing daripada Global Banking and Finance Review dan International Business Magazine

来源:

OctaFX

类别:

Business

发布于:

25 Aug 2023

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们