BEST Express Malaysia Membantu 9 Sekolah di Johor



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 28 April 2023 - BEST Express Malaysia amat berdukacita apabila mendapati kejadian banjir Johor pada Februari lalu yang mengakibatkan banyak kemudahan sekolah jejas dan ini telah menyusahkan guru dan pelajar.

Caption

Susulan tindak balas terhadap banjir besar di beberapa kawasan di Johor, BEST Express Malaysia telah menunjukkan keprihatinannya kepada sembilan sekolah yang terlibat pada akhir Mac 2023.

"Kami berharap sumbangan kecil kami akan membantu komuniti kami pulih dan membina semula selepas krisis ini, walaupun sumbangan kami tidak besar, tetapi hati kami hangat. Harap kita semua berganding bahu untuk mengatasi kesukaran dan cabaran," kata Jessy Sun, Pengarah Besar BEST Inc Malaysia dan Singapura.

Tindakan BEST Express Malaysia di Johor turut dipuji oleh pejabat Kementerian Pendidikan di Batu Pahat. Pihak tersebut memuji sumbangan BEST Express Malaysia yang telah membawa manfaat besar kepada sekolah. Usaha BEST Express Malaysia juga diharapkan menjadi contoh yang baik dalam industri.

Selain itu, penerima 9 buah sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas jasa baik BEST Express Malaysia. Encik Suhaimi Bin Ismail, Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat telah memuji BEST Express Malaysia atas usahanya membantu sekolah yang terjejas akibat banjir.

"Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, kami merakamkan ribuan terima kasih dan berharap usaha ini dapat diteruskan pada bila-bila masa pada masa akan datang," katanya.

Hashtag: #BESTExpressMalaysia

发行人全权负责对本公告的内容
来源:

Best Inc.

类别:

Philanthropy and Social Investments

阅读:

English

发布于:

28 Apr 2023

过去的新闻稿

更多
#Philanthropy and Social Investments #Education

28 April 2023

BEST Express Malaysia Helps 9 Schools to Rebuild After Floods

立即联系 Media OutReach

立即联系我们