Clinixero, Jenama Pengurusan Diabetes, Lakar Sejarah Dalam Malaysia Book Of Records Untuk Bilangan Pesakit Paling Ramai Dalam Program Diabetes Virtual



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 16 Disember 2022 - Clinixero, jenama pengurusan Diabetes milik Sozo Management and Resources Sdn Bhd, baru-baru ini telah dianugerahkan sijil oleh Malaysia Book of Records kerana telah berjaya meraih "Bilangan Pesakit Paling Ramai dalam Program Diabetes Virtual".

Clinixero.jpg
(Tengah) Dr Jasmine Chew (pengasas bersama Clinixero), Encik Chiew, dan Dr Andrew Chiew (pengasas Clinixero) menerima Buku Rekod Malaysia kerana menerima anugerah "Kebanyakan Pesakit dalam Program Diabetes Maya". Sijil diberikan oleh Puan Lee Pooi Leng (kiri) dan Cik Siti Nurhanim Binti Mohd Noh (kanan) daripada Malaysia Records Sdn Bhd.

Dr Andrew Chiew, pengasas Clinixero, berkata: "Sepanjang pandemik, pesakit kami mengalami kesulitan untuk datang ke pusat kesihatan. Ketika ini, kami membuat keputusan untuk mula berjumpa pesakit kami secara 'online'. Disebabkan ini, kami dapat membantu seramai 934 pesakit Diabetes dari sedunia, yang pada asalnya cuma 50 orang sebelum pandemik melanda. Kami sangat bersyukur kerana usaha kami telah diktiraf oleh Malaysia Book of Records."

Anugerah tersebut telah diberikan pada majlis makan malam Sweet Retreatz yang dihadiri oleh 40 pesakit beserta ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang datang dari sejauh Pulau Pinang, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Singapura. Ini adalah perjumpaan kali pertama Clinixero dengan pesakit mereka selepas pandemik, di mana mereka berkumpul untuk berjumpa dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan penyakit mereka. 12 pesakit turut diiktiraf atas perubahan ketara mereka setelah menyertai program Clinixero.

Datuk Michael Lim, 60, yang telah menerima Anugerah Gula Darah Terbaik berkata, "Saya menghidapi Diabetes sejak 2001. Selama ini, saya telah habiskan baanvak wang untuk pelbagai cara menguruskan paras gula saya tetapi tidak berjaya. Sebelum menyertai Program Clinixero, paras gula saya secara purata adalah sekitar 8. Jika tanpa makanan, bacaannya sekitar 7 dan akan mencecah 9 atau lebih selepas makan. Selepas menyertai program itu, bacaan gula darah saya adalah sekitar 5 sebelum makan dan 6+ selepas makan."

Pemenang Anugerah Penurunan Berat Badan Terbaik Henry Kung pernah mempunyai berat 113kg - dan sejak mengikuti program, berat badan beliau telah turun ke 72kg. "Dulu saya selalu mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti mi dan sebagainya. Sejak beralih ke diet yang ditetapkan oleh Clinixero, saya dapat menikmati makanan dengan lebih seronok disamping menurunkan berat badan," jelas pesakit 62 tahun itu. "Saya sangat gembira kerana pengurusan Diabetes kini menjadi satu proses yang saya sukai."

Pengetua tadika Cherry Tee, 42, telah dianugerahkan Anugerah Transformasi. Beliau berkata, "Sebelum menyertai program, saya perlu makan enam kali sehari. Dan saya tidak mengawal apa yang saya makan - nasi lemak, ayam goreng - sebut sahaja apa, dan saya akan makan! Pada mulanya, saya ragu-ragu sama ada saya mampu untuk berpuasa. Saya menukar cara pemikiran dan sekarang saya telah berjaya mengubah gaya hidup saya." Tee menambah, "Nasihat saya kepada mereka yang masih mengalami cabaran Diabetes, anda perlu yakin pada diri sendiri dan beritahu diri anda bahawa anda boleh melakukannya."

Dr Jasmine Chiew, pengasas bersama Clinixero berkata, "Kami sangat bangga dengan pencapaian para pesakit kami. Selain mengikuti Protokol Clinixero kami, Program Reversing Diabetes kami dikendalikan oleh doctor-doktor yang berkelayakan untuk memberi pelan makanan yang tersendiri dan mengurangkan ubat-ubatan pesakit dengan berwaspada, saya mesti mengaitkan kejayaan ini kepada disiplin dan kesungguhan pesakit dalam "Reversing Type-2 Diabetes."

"Rahsia kejayaan kami adalah merawat punca penyakit dan bukan hanya gejalanya. Misi kami adalah untuk membantu 10,000 pesakit menguruskan gula darah, tekanan darah dan berat badan mereka: justeru melambatkan atau mencegah komplikasi yang mungkin disebabkan oleh diabetes. Diabetes dijangka akan menjejaskan tujuh juta orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menjelang 2025 dan ini adalah risiko kesihatan awam yang serius. Kami berharap untuk dapat memainkan peranan kami untuk membantu seramai mungkin pesakit yang kami mampu," Dr Andrew mengakhiri.



Hashtag: #Clinixero

发行人全权负责对本公告的内容
来源:

Clinixero

类别:

Healthcare

发布于:

16 Dec 2022

过去的新闻稿

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们