Pandangan ‘Paw’sitif Untuk Aplikasi Pet-Hailing/Panggilan Untuk Haiwan Peliharaan Premium Malaysia JoJo Pets Taxi – Sasar Perluasan Ke Seluruh Negara Dan Pertumbuhan Tahun Ke Tahun 100% Pada 2023



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 16 DISEMBER 2022 - Aplikasi pet-hailing premium Malaysia, JoJo Pets Taxi yang dibangunkan oleh Starpet JoJo Sdn Bhd menyasarkan pengembangan ke seluruh negara dan pertumbuhan Tahun Ke Tahun sebanyak 100% untuk tahun 2023 yang akan datang. Aplikasi tersebut yang dilancarkan pada 2021, telah pun mempunyai lebih 5000 pengguna dan perniagaan itu menikmati pertumbuhan yang konsisten 10% setiap bulan.

Aplikasi pet-hailing premium Malaysia, JoJo Pets Taxi yang menyasarkan pengembangan ke seluruh negara dan pertumbuhan Tahun Ke Tahun sebanyak 100% untuk tahun 2023 yang akan datang.
Aplikasi pet-hailing premium Malaysia, JoJo Pets Taxi yang menyasarkan pengembangan ke seluruh negara dan pertumbuhan Tahun Ke Tahun sebanyak 100% untuk tahun 2023 yang akan datang.

Pengasas, K.C. Seow berkata, "Sebagai 'bapa' kepada anjing husky dan seekor kucing ragdoll yang bekerja sepenuh masa, saya secara peribadi mengalami banyak kesulitan yang dihadapi oleh mana-mana pemilik haiwan peliharaan, terutamanya berkaitan pengangkutan. Ibu bapa saya yang sudah berumur tidak memandu dan mencari pemandu bebas yang boleh dipercayai adalah sukar. Tambahan pula, kebanyakan kenderaan tidak dilengkapi dengan peralatan perlindungan bio. Pengalaman mengecewakan seperti inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk menawarkan penyelesaian yang komprehensif bagi penjagaan haiwan berbulu."

Pada masa ini, JoJo Pets Taxi boleh digunakan di Lembah Klang, dan setakat bulan ini, perkhidmatan ini telah meluaskan capaiannya ke Selatan iaitu ke Johor. Menjelang suku kedua 2023, perkhidmatan ini akan ditawarkan di Utara di Pulau Pinang.

Seow menegaskan, "Kami adalah platform pertama di Asia Tenggara yang menghubungkan pemilik haiwan peliharaan dengan penyedia perkhidmatan berkaitan haiwan peliharaan. Dengan aplikasi pet-hailing, pemilik haiwan peliharaan boleh membuat temujanji dengan mana-mana penyedia perkhidmatan berkaitan haiwan peliharaan, membeli perkhidmatan menerusi aplikasi JoJo Pets kami, dan pemandu teksi terlatih kami dengan kenderaan yang disesuaikan untuk haiwan peliharaan akan menyediakan pengangkutan untuk perjalanan pergi dan balik."

Beliau menambah, "Kami menyaring pemandu dan memilih mereka yang meminati haiwan sahaja. Pemandu perlu menjalani satu latihan intensif untuk melayakkan diri. Ini termasuk tingkah laku binatang, pertolongan cemas dan keselamatan. Semua teksi JoJo Pets dilengkapi dengan peralatan keselamatan, (alatan) perlindungan bio, dan sistem pengudaraan. Di samping itu, pemandu juga dikehendaki untuk membersihkan teksi selepas setiap perjalanan."

"Selepas beberapa tahun, persepsi terhadap haiwan peliharaan telah berkembang daripada sekadar sebagai peneman kepada satu ikatan emosi yang lebih kuat. Sebab mengapa kami membangunkan aplikasi JoJo Pets adalah untuk menyediakan kemudahan kepada pemilik haiwan peliharaan supaya mereka boleh meningkatkan kualiti penjagaan haiwan peliharaan tanpa perlu runsing tentang pengangkutan. Kami di JoJo Pets berhasrat untuk memacu ekonomi dalam industri haiwan peliharaan kerana semakin ramai orang berminat untuk memiliki haiwan peliharaan."



Hashtag: #JoJoPets

发行人全权负责对本公告的内容
来源:

Starpet Jojo Sdn Bhd

类别:

Pet

发布于:

16 Dec 2022

过去的新闻稿

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们