Shopee Kongsikan Impak yang Diwujudkan Rakyat Malaysia terhadap E-Dagang



Lebih daripada 80% Penjual Shopee Bina Kesetiaan Pengguna dengan Nilai Melebihi Harga

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 22 Ogos 2022 - Sebuah kajian baharu yang melibatkan lebih 3,300 pembeli dan 2,100 penjual di seluruh Malaysia oleh platform pasaran dalam talian Shopee terhadap penggunanya, telah mengkaji kesan yang diwujudkan oleh rakyat Malaysia terhadap ekonomi menerusi tingkah laku membeli-belah dalam talian mereka. Tinjauan pasaran Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce yang berlangsung dari 19 Julai hingga 17 Ogos 2022, mendapati bahawa bagi empat daripada sepuluh penjual tempatan, Shopee adalah satu-satunya saluran perniagaan mereka dalam ekonomi ini.

Caption

Kajian yang tepat pada masanya ini mengetengahkan kepentingan pendapatan yang dijana dalam talian. 45% daripada komuniti penjual Shopee yang ditinjau berkata bahawa platform tersebut membolehkan mereka menyara keluarga mereka (menyediakan keperluan hidup, pendidikan, keperluan gaya hidup), kira-kira 26% menabung dan melabur hasil pendapatan ini untuk masa depan, dan para responden yang lain menggunakannya untuk mengekalkan kehidupan yang lebih baik, memastikan kakitangan mempunyai pekerjaan, dan meningkatkan perkembangan peribadi mereka.

Lebih daripada lapan dalam sepuluh penjual yang mengambil bahagian mengaitkan kejayaan jangka panjang kedai mereka bukan kepada diskaun yang ditawarkan, tetapi kepada pengalaman membeli-belah yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan: 'Proses pembelian dan pemenuhan atau fulfilment yang sangat mudah' di Shopee (34%), pengiktirafan produk Buatan Malaysia sebagai produk yang berpatutan dan berkualiti tinggi (23%), perkhidmatan pelanggan yang hebat (19%) dan kedai atau storefront yang dioptimumkan dengan alat pemasaran Shopee (9%).

"Tinjauan Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce menekankan bagaimana penjual Malaysia terus berjaya dan membina keselamatan kewangan dengan menjual di pasaran dalam talian seperti Shopee. Ia merupakan sesuatu perkara yang penting bagi pemilik perniagaan untuk memahami bahawa pembeli-belah di Malaysia mempunyai motivasi selain daripada harga untuk membeli-belah dalam talian. Mereka dapat mewujudkan kesetiaan dan penglibatan yang lebih lagi dengan memadankan tawaran dan kandungan mereka dengan nilai pembeli," kata Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

Salah satu penemuan paling jelas menerusi kajian ini adalah walaupun ekonomi kini telah dibuka semula, sembilan daripada sepuluh pembeli di Malaysia masih gemar membeli-belah secara dalam talian. Malah, lebih separuh daripada pembeli di platform tersebut melihat aktiviti membeli-belah dalam talian sebagai sesuatu yang lebih kekal: 21% merasakan ia sudah menjadi kebiasaan, 17% mengatakan mereka boleh mencari stok yang tersedia dalam talian dengan mudah dan 14% ingin mengakses pilihan yang tidak dapat dibeli secara luar talian di lokasi mereka. 43% daripada pembeli menghargai membeli-belah secara dalam talian bagi membandingkan harga dalam persekitaran inflasi ini.

Penghantaran barangan yang lebih pantas merupakan sebab utama bagi pembeli di Malaysia untuk membeli-belah daripada penjual tempatan (42% daripada pembeli). 20% ingin menyokong barangan Buatan Malaysia demi memastikan ekonomi kekal rancak dalam negara, 19% mempunyai keutamaan untuk produk yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan dan 11% percaya pada kualiti barangan yang dihasilkan daripada sumber tempatan dan barangan Buatan Malaysia.

Tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar. Malah, tujuh daripada sepuluh pembeli di Malaysia mengaitkan pembelian dalam talian bersama Shopee dengan aktiviti yang menenangkan fikiran. 40% menyatakan ini sebagai 'keselesaan dan fleksibiliti untuk menerima bungkusan di rumah'. 17% berasa lebih selamat kerana 'Jaminan Shopee memastikan transaksi saya selamat dan terjamin kerana wang tidak dihantar kepada penjual sehingga saya mengesahkan penerimaan pesanan' dan 10% mengkaji ulasan dan gambar yang ditinggalkan oleh pelanggan lain.

Kajian tersebut, yang akan dikongsi dengan lebih terperinci pada 25 Ogos 2022, juga mendalami aspek penting tentang jumlah penjimatan yang dinikmati pembeli di Malaysia secara dalam talian, peranan penjimatan ini dalam persekitaran ekonomi semasa, serta perkara yang mendorong pilihan penjual mereka. Penemuan kajian boleh digunakan oleh perniagaan-perniagaan untuk membina kesetiaan jangka panjang bersama pengguna. 'Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce' Shopee Malaysia adalah yang pertama dalam sebuah siri dan akan ditingkatkan dengan lebih lagi dalam beberapa bulan akan datang.



Hashtag: #Shopee

发行人全权负责对本公告的内容
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

来源:

Shopee

类别:

Retail : E-Commerce

发布于:

22 Aug 2022

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们