Kenanga Futures Mengumumkan Kempen "8.8 Cashback Festival" 2022



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 8 Ogos 2022 - Kenanga Futures Sdn Bhd ("Kenanga Futures") kembali dengan satu lagi kempen seluruh negara, "8.8 Pesta Cashback", bagi memberi ganjaran kepada pelanggan baharu dan sedia ada dengan pulangan tunai sehingga 28% sekiranya mereka mendagangkan produk mikro CME Group ("CME") dari 8 Ogos hingga 31 Oktober 2022.

Azila Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif dan Ketua Derivatif Tersenarai Kenanga Futures Sdn Bhd
Azila Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif dan Ketua Derivatif Tersenarai Kenanga Futures Sdn Bhd

Kempen berkenaan membahagikan dagangan peserta kepada 7 produk niaga hadapan CME Group, iaitu E-mini S&P 500 Futures, Micro E-mini Nasdaq 100 Futures, Micro E-mini Dow Futures, Micro E-mini Russell 200 Futures, Micro WTI Crude Oil Futures, Micro Silver Futures dan E-micro Gold Futures.

Produk E-mini Micro menawarkan pelanggan akses kepada empat indeks saham utama Amerika Syarikat melalui kontrak saiz mini. Disebabkan kontrak ini hanya satu per sepuluh saiz kontrak standard, ia juga penting dalam memudahkan akses kepada niaga hadapan, seterusnya membolehkan pengguna membeli pecahan kecil saham individu agar mereka mampu menguruskan risiko dan portfolio mereka dengan sewajarnya seiring perubahan pasaran.

Peserta yang layak akan diberi ganjaran pulangan tunai berdasarkan jumlah pembrokeran kasar yang dijana semasa tempoh kempen. Peserta yang mendagangkan jumlah pembrokeran kasar antara USD100 hingga USD300 akan menikmati pulangan tunai 8%, manakala mereka yang mendagangkan antara USD301 dan USD800 atau lebih daripada USD800 akan menikmati pulangan tunai masing-masing sebanyak 18% dan 28%.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif dan Ketua Derivatif Tersenarai Kenanga Futures Sdn Bhd, Azila Abdul Aziz berkata, "Dengan akses kepada tujuh 7 produk tambahan di bawah CME Group, kami yakin kempen ini akan membantu mempelbagaikan portfolio dan mewujudkan pertumbuhan struktur untuk peniaga individu pada masa depan. Pelanggan mengutamakan penyelesaian yang cekap dan mudah dalam perdagangan. Jadi, berbekalkan platform KDF TradeActiveTM dan ganjaran pulangan tunai kami, semoga kempen ini akan menggalakkan pelanggan mengorak langkah pertama dalam dagangan Niaga Hadapan."

"Kempen ini merupakan antara salah satu inisiatif kami di Kenanga Futures bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat umum tentang peluang yang ada dalam pasaran derivatif tersenarai. Ia selari dengan komitmen berterusan kami untuk terus mendekati dan mendidik pelanggan baharu dan sedia ada, sekali gus membolehkan mereka melihat kontrak niaga hadapan sebagai instrumen untuk melindung nilai dan mempelbagaikan pendedahan pelaburan mereka," tambah Azila.

Untuk maklumat lanjut tentang Kenanga Futures dan kempen "Eight Eight Cashback Festival", sila layari http://www.kenangafutures.com.my.

-Tertakluk kepada terma dan syarat

Hashtag: #Kenanga

发行人全权负责对本公告的内容
About Kenanga Futures Sdn Bhd 199501024398 (353603-X)
About Kenanga Futures Sdn Bhd 199501024398 (353603-X)
Kenanga Futures Sdn Bhd is an award-winning Malaysian listed derivatives broker regulated under the Securities Commission Malaysia and Bursa Malaysia Berhad. The company offers clients electronic market access to trade listed products on Bursa Malaysia Derivatives and CME Group. Apart from being a direct member of Bursa Malaysia Derivatives Berhad and the clearinghouse, the company is also a registered broker with the U.S. CFTC and was granted exemption relief pursuant to Commission Regulation 30.10 which enables the company to paper directly with entities in the U.S. On the domestic front, the company has an extensive network with 24 branches nationwide licensed to trade listed derivatives.

Clients can access both U.S. and Malaysian listed derivatives on a single trading platform via the company's trademarked real-time customised online trading solution, KDF TradeActive™. KDF TradeActive™ is available on both desktop and mobile devices, giving clients easy access to real-time market data and flexibility to trade on-the-go.

来源:

Kenanga

类别:

Business & Finance

发布于:

08 Aug 2022

过去的新闻稿

更多

立即联系 Media OutReach

立即联系我们