Lindungi diri anda dalam pasaran kewangan: 8 tips berguna dalam memilih broker



Memilih broker yang boleh dipercayai untuk melabur tidak selalunya mudah. OctaFX menggariskan lapan tips mengenai cara untuk melindungi diri anda dalam pasaran kewangan dan mencari broker yang boleh dipercayai untuk memulakan perjalanan kewangan anda.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 21 Julai 2022 - Perdagangan pasaran kewangan semakin hari semakin besar. Dengan terlalu banyak broker yang menawarkan perkhidmatan mereka, mencari broker yang tepat boleh menjadi sesuatu yang sukar. Apakah yang patut anda cari dalam sesebuah broker untuk mendapat manfaat penuh dalam pasaran kewangan dan berasa selamat? Tiada jawapan yang mudah, tetapi ada banyak tips yang akan membantu anda melaluinya.


Jenis-jenis broker

Memilih jenis broker yang anda akan berdagang bersamanya mengikut matlamat dan pendekatan pelaburan anda adalah penting.

Broker mata wang kripto dan pertukaran adalah pilihan yang sesuai jika anda ingin menghadapi pasaran yang sangat tidak menentu dan ingin melabur dalam mata wang kripto. Walau bagaimanapun, sila ingat bahawa pasaran kripto telah menghadapi kejatuhan yang dahsyat yang menyebabkan ramai pelabur berakhir dengan timbunan syiling yang tidak bernilai. Contoh yang paling terkini adalah kejatuhan kripto 2022. Namun, wujud berpuluh ribu jutawan kripto dalam masa sepuluh tahun yang lepas disebabkan oleh pertumbuhan mendadak beberapa mata wang kripto.

Melabur dengan broker saham biasanya bermaksud memperuntukkan dana yang banyak dan melabur dalam jangka masa panjang. Harga saham kebiasaannya meningkat atau menurun hanya disebabkan oleh dasar syarikat, yang mana pelabur tidak mempunyai sebarang kawalan terhadapnya, menjadikan pergerakan harga saham tertentu sebahagian besarnya sukar diramal. Namun begitu, pelaburan saham boleh memberikan keuntungan yang besar, terutamanya selepas kajian dan analisis terperinci.

Broker Forex kebanyakannya menawarkan perdagangan CFD dalam banyak instrumen berbagai kategori, termasuk mata wang, komoditi, indeks saham dan aset kripto. Anda boleh mendasarkan strategi perdagangan anda dalam pelbagai rangka masa, dari jangka pendek yang ekstrem (M1, M5) kepada jangka panjang (D1 dan lebih lebar).

Mari berhenti pada broker Forex sebagai broker yang menawarkan pengalaman perdagangan yang paling serba boleh.

Berdagang dalam pasaran global dan ternyahpusat

Perdagangan pertukaran asing berlaku dua puluh empat jam sehari, lima hari seminggu, dalam pelbagai bursa di seluruh dunia. Desentralisasi adalah penting untuk pasaran Forex kerana ekonomi dunia global memerlukan aliran mata wang yang pantas dan mudah.

Broker Forex antarabangsa—berbanding dengan broker tempatan—beroperasi di banyak negara. Mereka dibenarkan untuk beroperasi secara global melalui pelbagai dokumen antarabangsa. Disebabkan ia tidak dikawal secara meluas secara tempatan dan tidak perlu melaksanakan batasan yang sering mengehadkan peluang perdagangan untuk trader, broker Forex antarabangsa boleh menawarkan syarat yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

Ramai trader, terutamanya trader baru, memilih untuk bekerjasama dengan broker tempatan kerana lesen yang biasanya mereka miliki dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan tempatan. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira sifat global pasaran Forex dan sekatan berat yang dialami oleh broker tersebut, mereka mungkin menghadapi kekurangan pelbagai instrumen dagangan, program promosi dan bonus, dan kurang menguntungkan kerana komisen yang lebih tinggi.

Pilih broker Forex yang dipercayai

Dalam memilih broker Forex antarabangsa yang boleh dipercayai untuk melabur, terdapat beberapa tips berguna yang akan membantu anda.

    1. Semak bila broker tersebut ditubuhkan. Mana-mana broker yang mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun penglibatan dalam pasaran kewangan berbaloi untuk dicuba.
    2. Cari maklumat tentang broker tersebut di internet. Lakukan kajian anda sendiri.
    3. Semak ulasan (anda boleh menemuinya di trustpilot.com).
    4. Ketahui sama ada broker tersebut telah menerima sebarang anugerah industri atas perkhidmatannya di Asia, dan Malaysia khususnya.
    5. Semak sama ada broker tersebut menerbitkan kandungan pendidikannya sendiri. Broker yang boleh dipercayai sentiasa berminat untuk menjadikan pelanggannya lebih bersedia untuk berdagang dalam pasaran kewangan.
    6. Ketahui sama ada broker tersebut menyediakan sokongan pelbagai bahasa.
    7. Dapatkan maklumat sama ada broker tersebut wujud di Malaysia. Sebagai contoh, OctaFX kerap melabur dalam inisiatif kebajikan di seluruh negara untuk memberi semula kepada masyarakat di tempat ia beroperasi dan menjadi lebih dekat dengan pelanggannya.
    8. Akhir sekali—dan yang paling penting. Bandingkan syarat dagangan broker yang menunjukkan prestasi baik mereka dalam semua aspek lain dan pilih broker yang mempunyai spread terendah, tiada komisen tambahan dan tiada swap.

Menggunakan tips di atas, anda boleh mencari broker dipercayai yang sesuai dengan anda dan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Selain itu, anda akan melindungi diri anda daripada penipu yang menyamar sebagai broker Forex kerana mereka tidak akan dapat memalsukan reputasi yang diperoleh selama bertahun-tahun dalam pasaran kewangan.



Hashtag: #OctaFX

发行人全权负责对本公告的内容
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX
adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan di seluruh dunia sejak tahun 2011. Ia menawarkan segala-galanya yang seseorang perlukan untuk mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian inisiatif kebajikan dan kemanusiaan yang komprehensif, termasuk menambahbaik infrastruktur pendidikan, projek bantuan segera, menyokong komuniti setempat dan perusahaan kecil hingga sederhana.

Dalam rantau APAC, ia berjaya meraih anugerah 'Sedekad Kecemerlangan dalam Forex Asia 2021' dan 'Broker Forex Terbaik Malaysia 2022' oleh Global Banking And Finance Review, World Finance, dan Cfi.Co, masing-masing.

来源:

OctaFX

类别:

Finance

发布于:

21 Jul 2022

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们