Envictus International Holdings Ltd Memperbaharui Hak Francaisnya bagi Membangunkan dan Mengendalikan Texas Chicken Malaysia



PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach - 30 Mei 2022 - Envictus International Holdings Limited, sebuah kumpulan makanan dan minuman (F&B) yang mantap, berkuat kuasa 20 Mei 2022, telah memperbaharui Perjanjian Francais Berbilang Unit Antarabangsanya dengan Cajun Global LLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bagi membangunkan dan mengendalikan restoran Texas Chicken di Malaysia dan Brunei.


Kali pertama kumpulan Envictus dianugerahkan hak francais untuk rangkaian restoran perkhidmatan pantas (QSR) terkenal itu adalah pada Julai 2012, dan telah melancarkan restoran Texas Chicken pertama di Malaysia pada Januari 2013, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Texas Chicken (Malaysia) Sdn Bhd. Setakat ini, syarikat itu memiliki dan mengendalikan 85 restoran di seluruh Semenanjung Malaysia, melepasi komitmen awalnya untuk membuka 80 restoran dalam tempoh 10 tahun pertamanya.

Hampir enam puluh peratus restoran Texas Chicken tertumpu di Lembah Klang, dan lebih separuh daripada restorannya yang sedia ada terletak di dalam pusat membeli-belah utama di seluruh negara. Dengan pembaharuan perjanjian francais ini, syarikat itu dijangka akan melaburkan sekurang-kurangnya RM230 juta bagi membuka 115 restoran Texas Chicken baharu menjelang 2030, termasuk penyertaan sulungnya ke dalam pasaran Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, syarikat itu turut merancang untuk membina lebih banyak restoran pandu lalu dan akan mengembangkan perkhidmatan penghantarannya sebagai usaha untuk memberikan lebih banyak lagi kemudahan kepada para pengguna. Pembukaan restoran baharu dan prospek pertumbuhan yang mantap dijangka akan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan meningkatkan jumlah kakitangan syarikat itu kepada anggaran 6,000 pekerja menjelang 2030.

"Pembaharuan perjanjian francais ini adalah bukti keyakinan Cajun Global terhadap kepimpinan dan keupayaan kumpulan Envictus dalam mengembangkan dan membangunkan jenama Texas Chicken di Malaysia. Dalam tempoh yang agak singkat, kami telah berjaya mengukuhkan kedudukan Texas Chicken sebagai salah satu rangkaian QSR hidangan ayam terkemuka di negara ini. Kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk terus merealisasikan potensi jenama hebat ini sambil kami berusaha untuk membawanya ke satu tahap yang lebih tinggi," kata Pengerusi Eksekutif Envictus International Holdings Limited, Dato' Jaya Tan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Cajun Global, Joe Christina menambah, "Sebagai salah satu francaisi terbesar kami di Asia Tenggara, Envictus merupakan rakan usaha sama sejati dalam kerjasama kami untuk mengembangkan jenama Texas Chicken. Kami gembira kerana kerjasama ini akan terus berkembang maju di Malaysia dan tidak lama lagi di Brunei."

Kumpulan Envictus telah dianugerahkan dengan anugerah 'Pemaju Terbaik' pada 2019 oleh Cajun Global sebagai pengiktirafan ke atas komitmennya dalam usaha mengembangkan jenama Texas Chicken di Malaysia. Selain itu, Texas Chicken Malaysia turut menerima anugerah Perak dalam kategori "Restoran & Makanan Segera" pada Anugerah Jenama Putra 2020 dan 2021 – yang mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah satu jenama pilihan pengguna di negara ini.

"Sememang jelas Envictus telah mempamerkan kecemerlangan dalam membangunkan dan mengendalikan jenama Texas Chicken kami di Malaysia. Pada 2020, Envictus telah dinobatkan sebagai "Pemaju Perdana" bagi jenama Texas Chicken berasaskan kepada prestasi cemerlang mereka dalam membangunkan restoran. Mereka benar-benar membawa cita rasa legenda Texas kepada pelanggan mereka. Kami sememangnya gembira, berbesar hati dan bersyukur kerana mereka telah memperbaharui komitmen mereka untuk terus melabur dan mengembangkan jenama Texas Chicken untuk beberapa tahun akan datang," tegas Naib Presiden Kanan, Pembangunan Strategik Antarabangsa Texas Chicken, Russ Sumrall.

Rangkaian restoran itu terkenal kerana komitmennya sejak sekian lama dalam menyediakan produk berkualiti berserta dengan nilai hebat, sambil mengekalkan warisan sebenar jenama Texas Chicken yang melambangkan keaslian layanan dan rasanya yang hebat.

Sempena ulang tahunnya yang ke-10 di Malaysia pada tahun hadapan, jenama itu merancang untuk meningkatkan pengalaman restoran khidmat segera ke satu tahap yang lebih tinggi dan membawakan cita rasa legenda Texas kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia.




发行人全权负责对本公告的内容
Mengenai Texas Chicken
Mengenai Texas Chicken
Diasaskan di San Antonio, Texas pada tahun 1952 oleh George W. Church, Church's Chicken, bersama jenama sekutunya, Texas Chicken™ untuk lokasi di luar Amerika, merupakan salah satu rangkaian restoran khidmat segera berasaskan hidangan ayam yang terbesar di dunia. Jenama-jenama ini merupakan pakar dalam menyediakan ayam berperisa Original dan Pedas, yang dimasak segar sepanjang hari di restoran, biskut mentega-madu yang dibakar segar, serta hidangan sampingan klasik yang lain. Church's Chicken dan Texas Chicken™ memiliki lebih 1,500 lokasi di 25 negara. Di Malaysia, Texas Chicken™ dimiliki dan dikendalikan oleh Envictus International Holdings Limited dan mempunyai lebih 80 buah restoran di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, layari

#TexasChicken
来源:

Envictus International Holdings Limited

类别:

Food & Beverage

发布于:

30 May 2022

过去的新闻稿

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们