MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh penanggung insurans am terulung** di dunia.
Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia, MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1* dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.
Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij yang diterima selama ini. Ini termasuk Anugerah Perkhidmatan Kualiti Reader's Digest 2020 - pemenang Perak dalam kategori Insurans Kereta. MSIG diakui memiliki salah satu tahap kualiti perkhidmatan tertinggi, yang mencerminkan usaha yang telah dilakukan oleh syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap standard perkhidmatan yang tinggi. Syarikat ini juga dianugerahkan anugerah "Penanggung Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang di Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia (InsuranceAsia News). MSIG Malaysia mendapat sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital dipertingkatkan dalam sistem pengurusan tuntutan dan perniagaan dan tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmen kami kepada kecemerlangan pelanggan juga membolehkan MSIG Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015, sebagai tanda penghargaan atas usahanya menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari
www.msig.com.my atau
facebook.com/MSIGmy.
*Pada DisAs of Dec 2020
**Fortune Global 500, 2020.
Mengenai Food Aid Foundation (FAF)
Food Aid Foundation (FAF) merupakan organisasi bukan untung pertama di Malaysia yang mengumpulkan lebihan makanan mudah rosak dan tidak mudah rosak. Ditubuhkan pada 2013, misi kami adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menghindari kelaparan serta masalah kekurangan zat makanan di Malaysia.
FAF mengumpulkan dan mengagihkan makanan berlebihan atau lebihan makanan daripada pemborong dan pasar raya setiap hari dan mengagihkan kepada penerima yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada rumah kebajikan dan rumah amal, tempat perlindungan, keluarga miskin, golongan melarat, NGO lain, komuniti pelarian dan dapur amal.
Dalam usaha mencegah pembaziran makanan yang boleh dimakan [statistik rasmi yang diterbitkan oleh SWCorp Malaysia menunjukkan sejumlah 3,000 tan makanan yang boleh dimakan dihantar ke tapak pelupusan setiap hari], FAF turut menangani isu kekurangan zat makanan dan kekurangan makanan berkhasiat dalam kalangan golongan miskin, terutamanya kanak-kanak dan warga emas daripada komuniti B40. Bagi melaksanakan program ini, FAF bekerjasama dengan organisasi komuniti termasuk NGO dan kawasan kediaman B40 melalui inisiatif berikut:
- Pengagihan bekalan makanan berkhasiat kepada badan kebajikan dan orang yang memerlukan.
- Peluang penjimatan dari segi bil makanan dan barang runcit untuk organisasi amal dan keluarga miskin agar perbelanjaan sara hidup mereka boleh digunakan untuk perbelanjaan pendidikan, perubatan, pemulihan, utiliti dan lain-lain.
- Aktiviti CSR bagi penderma korporat melalui penglibatan dengan masyarakat setempat dan mempertingkat kesan sosial yang positif, seperti penghindaran kelaparan dan akses kepada makanan berkhasiat.
- Melindungi alam sekitar dengan memastikan makanan yang masih boleh dimakan disumbangkan dan bukan dibuang di tapak pelupusan bagi mengurangkan kesan negatif lebihan makanan terhadap alam sekitar.