ACASIA mempercepatkan pengembangan perniagaan global di ASEAN dengan perkhidmatan ketersambungan komprehensif suite dan infrastruktur digit
ACASIA,
kolaborasi unik ASEAN dalam 7 penyedia telekomunikasi utama (telco), akan
membantu menghubungkan perniagaan global ke ASEAN, salah satu rantau sedang
membangun dengan pantas di dunia
ACASIA bertindak sebagai titik tunggal kontrak bagi semua
perkhidmatan
ketersambungan dalam rantau ASEAN, menawarkan kuasa kepada perniagaan merentasi
dunia yang mahu mencari peluang menembusi rantau Asia Tenggara
Perkongsian
kolaborasi dalam ACASIA di rantau ASEAN bagi
memastikan kedaulatan data, membolehkan data berada di dalam negara yang mana
data dikumpul melainkan kebenaran diperlukan
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 30 November 2021 - ACASIA Communications Sdn Bhd ("ACASIA"),
kolaborasi unik dalam kalangan tujuh (7) penyedia telekomunikasi utama
("telco"), akan mempercepatkan pengembangan perniagaan global ke dalam rantau
ASEAN, salah satu rantau yang sedang membangun dengan pantas di dunia, melalui
perkhidmatan ketersambungan komprehensif suite dan infrastruktur digital.
Ketua Pegawai Eksekutif ACASIA, Mr M Satya Riayatsyah Syafruddin
Ditubuhkan pada 1995, pemegang saham
ACASIA adalah dalam kalangan tujuh telcos utama di rantau ini seperti
Telekom Malaysia Berhad ("TM") di Malaysia, Singtel di Singapore, National Telecom di Thailand, Indosat Ooredoo di
Indonesia, PLDT di Filipina, Nex.Us di Brunei dan VNPT di Vietnam. Tujuh pemain
ini memiliki rekod prestasi yang
terbukti di rantau ini.
Melalui infrastruktur digital sedia ada di rantau, ACASIA membantu
perniagaan global untuk berkembang ke ASEAN melalui proses yang lancar melalui
kolaborasi dalam kalangan pemegang saham. ACASIA akan menawarkan perkhidmatan
sebagai penganggregate untuk operasi perniagaan global yang memerlukan
kehadiran mereka di rantau.
Ketua Pegawai Eksekutif
ACASIA, Mr M Satya Riayatsyah
Syafruddin, berkata, "Melihat kepada potensi di ASEAN
sebagai salah satu rantau yang sedang membangun dengan pantas di dunia, ACASIA berkhidmat sebagai penyedia
penyelesaian sehenti kepada perniagaan global untuk memudahkan proses digital
dan juga transformasi. Sebagai contoh, perniagaan global membangunkan operasi
perniagaannya di Malaysia dan mahu mencari peluang di Filipina, perlu
menyediakan infrastruktur digital dan ketersambungan di kedua-dua negara.
Bagaimanapun, dengan ACASIA, kami membantu menghubungkan proses tersebut dan memudahkan
lagi pelan pengembangan ke dalam rantau."
Semasa Meja Bulat Pelaburan dan Perniagaan ASEAN 2021 dalam Fintech dan
Pendidikan Kewangan, pemimpin di rantau telah memperakui ASEAN sebagai salah
satu rantau sedang membangun dengan pantas meskipun berdepan dengan krisis
pandemik COVID-19. Meskipun rantau ini
adalah antara yang paling terjejas di dunia serta mengalami kesesakan rantaian
bekalan yang berterusan sehingga kini, pemulihan dijangkakan bagi ASEAN, ia merupakan
ekonomi kelima terbesar di dunia dengan kombinasi Keluaran Negara Kasar (KNK)
berjumlah USD3.1 trillion pada tahun 2020.
"Potensi pertumbuhan adalah besar bagi ACASIA semasa kami menceburi
dalam transformasi digital yang telah cepat berkembang sepanjang pandemik
COVID-19. Infrastruktur sedia ada di rantau ini telah meletakkan kami berada
pada kedudukan yang kukuh untuk menawarkan perkhidmatan yang bernilai kepada
perniagaan global yang sedang berkembang di dalam rantau ini," jelas Satya.
Kehadiran ACASIA yang kukuh di rantau ini memiliki infrastruktur serba
lengkap telah membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan ketersambungan
komprehensif suite dan juga infrastruktur digital kepada perniagaan global.
Perkhidmatan yang ditawarkan dapat membantu merapatkan jurang dari segi operasi
perniagaan dan juga proses di negara lain di rantau.
Selain mempercepatkan pengembangan perniagaan global ke dalam rantau,
ACASIA juga menawarkan kepada syarikat ASEAN untuk menembusi infrastruktur
digital di luar daripada ekonomi setempat.
Melalui ekosistem tersebut dan juga menerusi kehadiran sendiri di
beberapa negara ASEAN, ACASIA bertindak sebagai titik tunggal daripada
perkhidmatan ketersambungan dalam ASEAN, menawarkan kuasa kepada perniagaan
merentasi dunia yang sedang mencari peluang untuk menembusi rantau Asia
Tenggara.
Menurut Satya, perkongsian kolaborasi di rantau ASEAN turut menawarkan
kedaulatan data untuk perniagaan dan juga kerajaan. ACASIA akan memastikan
kedaulatan data bagi membolehkan data disimpan di dalam negara yang mana data
dikumpul, kecuali perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
Penyelesaian ACASIA turut menawarkan akses kepada infrastruktur pengkomputeran awan, yang akan
menjadi penting kepada organisasi yang bergantung kepada perkhidmatan awan awam
untuk penyimpanan data dan juga hosting. Memandangkan kesedaran yang semakin
bertambah kepada kepentingan data privasi, ini akan dapat membantu
mempercepatkan perubahan kepada storan dan pengehosan peribadi yang selamat.
"Infrastruktur untuk menyokong
kedaulatan adalah sesuatu yang kurang, oleh itu, melalui ACASIA, kami
akan mengisi jurang dan menawarkan pautan yang hilang untuk keseluruhan
ekosistem digitalisasi, khususnya untuk perniagaan dan juga kerajaan di rantau
ASEAN. Kekuatan kami sebagai salah satu unit akan membolehkan pelanggan kami
memanfaatkan sinergi tersebut untuk berkembang secara global dalam persekitaran
yang selamat di dalam rentak tergesa-gesa menuju ke arah digitalisasi," Satya
added.
Penyelesaian ketersambungan komprehensif yang ditawarkan oleh ACASIA
telah meletakkan Kumpulan berada dalam kedudukan yang baik untuk menguasai
potensi yang besar dalam pasaran teknologi ketersambungan tanpa wayar global,
yang mana dijangkakan ia tumbuh pada 13.0% CAGR kepada hampir USD150.4 bilion
menjelang tahun 2021.
发行人全权负责对本公告的内容
About ACASIA Communications Sdn Bhd
ACASIA
Communications is an ICT Solutions provider offering a comprehensive suite of
connectivity services and digital infrastructure to take your business across
ASEAN and global.
It is a global
gateway that opens up for digital connectivity within the ASEAN region. With
more than 25 years of industry experience, ACASIA is driven by its value
creation for its stakeholders in a highly competitive environment via its
competitive edge technology to offer the best solutions for businesses.
Through its
ecosystem and with their own points-of-presence in most ASEAN countries, ACASIA
acts as a single point of contact for all connectivity services within ASEAN,
giving power to businesses across the globe who are looking to tap into the
Southeast Asian region.
The company
strives on delivering the best customer experience via continuous customer
service quality improvements and innovations
Connecting ASEAN
& Global. We connect the dots between the ASEAN region and Global by
leveraging on the strengths of its shareholders.