Setiap seorang Malaysia yang keenam pernah mendengar tentang Forex sebelum ini dan mereka cenderung untuk menjadi pedagang yang aktif, OctaFX melaporkan



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 November 2021 - Jika semua orang yang biasa berdagang Forex tinggal di satu bandar yang sama, bandar tersebut mesti bersaiz lebih besar daripada Kuala Lumpur. Kesimpulan ini telah dibuat oleh penganalisis broker global OctaFX. Broker tersebut baru-baru ini telah meneliti kapasiti pasaran Forex di Malaysia. Walaupun ramai orang sekurang-kurangnya telah pun mendengar tentang Forex, seperti yang didapati oleh pasukan pengkaji, berapa ramai sebenarnya daripada mereka yang menggunakan alat pelaburan ini secara kerap? Mari kita lihat secara lebih terperinci.




Menurut kajian OctaFX, hampir 80 peratus daripada populasi umur bekerja di Malaysia sudah biasa dengan pasaran Forex. Ini adalah lebih 12 juta orang—ia lebih daripada lapan kali ganda penduduk di ibu kota negara ini.

 

Broker global tersebut telah menjalankan satu kajian berskala besar terhadap populasi Malaysia dan mendapati bahawa sebilangan besar individu yang berbeza jantina, umur dan kerjaya menganggap Forex sebagai suatu alat pelaburan yang menjanjikan. Dalam tinjauan berkaitan, lebih daripada 4.7 juta orang mendakwa yang mereka berdagang Forex secara aktif.

 

Dalam erti kata lain, seorang daripada enam orang dewasa Malaysia melabur dalam Forex dan angka ini dijangka akan berkembang. Kira-kira 215 ribu penduduk negara ini aktif melakukan dagangan setiap bulan.

 

Pakar Forex Kar Yong Ang membuat satu ramalan yang optimistik tentang pertumbuhan pasaran Forex di Malaysia: 'Dengan perubahan ekonomi sejak kebelakangan ini akibat daripada pandemik dan perintah kawalan pergerakan, semakin ramai orang mencari sumber pendapatan alternatif dan saya percaya yang dagangan adalah salah satu kaedah paling menarik untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh berdagang di mana sahaja ketika berada di luar atau dari keselesaan rumah anda sendiri. Anda juga boleh memilih untuk mendedikasikan berapa banyak masa untuknya. Apabila semakin ramai orang mula menyedari kepentingan pelaburan, saya percaya ramai juga yang akan mula melihat manfaat Forex sebagai satu cara untuk memperoleh pendapatan tambahan atau sebagai cara pelaburan pilihan mereka.'

 

Jumlah pedagang aktif pada waktu ini kelihatan realistik, khususnya apabila disokong oleh angka yang sama daripada sumber industri yang bereputasi. Menurut Finance Magnates, pedagang Malaysia melabur lebih USD76 juta sebulan dalam Forex, menjadikan Malaysia salah satu daripada empat negara paling menjanjikan untuk pertumbuhan dalam pasaran ini.

 

Salah satu hasil kajian OctaFX yang paling mengejutkan menunjukkan bahawa wanita paling berminat dalam perdagangan Forex di mana mereka berumur antara umur 18 dan 29. Mungkin persekitaran universiti yang liberal telah menggalakkan wanita berfikir di luar kotak dan merasakan lebih bebas untuk mencuba perkara baharu. Seperti yang ditunjukkan oleh data, mereka secara sukarela—dan, dengan berjayanya—mengambil tempat mereka dalam dunia dagangan dan juga bidang lain yang secara tradisinya dikuasai oleh kaum lelaki. Manakala, golongan lelaki pula paling aktif dalam Forex antara umur 30 hingga 44 tahun.

 

Para pengkaji juga berminat untuk mengetahui beberapa sebab yang biasa membuatkan orang ramai berhenti melabur dalam Forex. Mereka mendapati bahawa salah satu halangan penting ialah kekurangan pengetahuan atau pengalaman berdagang. Mujur pada waktu ini terdapat banyak bahan pendidikan yang tersedia secara percuma—ia hanya memerlukan dedikasi untuk mempelajarinya.

 

Pakar dagangan Gero Azrul menekankan kepentingan latihan dan pembangunan yang berterusan untuk berjaya dalam dagangan. 'Pedagang baharu atau mereka yang tidak cukup yakin dengan kemahiran mereka perlu mempertimbangkan terlebih dahulu untuk berlatih dalam akaun demo. Ada banyak broker yang menawarkannya dan ia merupakan satu alat yang bagus untuk menguji strategi. Ia juga penting untuk mendedikasikan masa yang mencukupi untuk membaca artikel pendidikan, menonton webinar dan menghadiri kursus dalam talian Forex. Selain itu, ia juga bagus untuk kembali kepada definisi istilah asas, strategi dan teori. Akhir sekali, anda perlu sentiasa mengikuti berita kewangan terkini,' kata Encik Azrul.

 

Ketika pasaran Forex Malaysia terus berkembang, jangkakan untuk melihat lebih banyak penglibatan dari orang di sekeliling anda. Berhati-hati untuk tidak bertembung dengan orang yang berjalan di hadapan anda, ralit dengan telefon mereka. Mereka mungkin sedang berdagang sekarang.



发行人全权负责对本公告的内容
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX

OctaFX ialah broker global yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan secara dalam talian sejak 2011. Ia menawarkan pengalaman dagangan yang canggih kepada lebih 7 juta akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih daripada 45 anugerah sejak penubuhannya. Pada tahun 2021, majalah Global Banking and Finance Review mengiktiraf pencapaiannya dengan anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia', dan majalah World Finance menamakannya sebagai 'Broker ECN Terbaik'. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kerja amalnya. Ia juga komited untuk mendidik pelanggannya tentang dagangan dan pelaburan dengan cara yang mudah dilakukan dan menarik.


#OctaFX

来源:

OctaFX

类别:

Business

阅读:

English

发布于:

02 Nov 2021

过去的新闻稿

更多

联系 Media OutReach Newswire

立即联系我们