Paduan Strategi imBee dan FUTR Meletakkan Kuasa Perdagangan Perbualan Di Tangan Pengguna Indonesia



Perkongsian ini membuka potensi jenama untuk memanfaatkan ekonomi Internet Indonesia bernilai USD146 bilion dan menyelaraskan kerjasama dalaman dengan kuasa sembang, membuka haluan bagi cita-cita pertumbuhan imBee di Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 30 Mei 2023 - Syarikat pengurusan sembang terkemuka, imBee Limited (imBee), yang berpangkalan di Hong Kong kini membayangkan semula pengalaman interaksi sembang dan mengubah cara perniagaan berinteraksi dengan pelanggan di Indonesia dengan perkongsian strategiknya bersama PT LINI IMAJI KREASI EKOSISTEM Tbk (FUTR), syarikat teknologi terkemuka di Indonesia.

Ken Chu, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif imBee (kiri) dan Jeremy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif FUTR mengumumkan pakatan strategi imBee dan FUTR yang meletakkan kuasa perdagangan perbualan di tangan pengguna Indonesia
Ken Chu, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif imBee (kiri) dan Jeremy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif FUTR mengumumkan pakatan strategi imBee dan FUTR yang meletakkan kuasa perdagangan perbualan di tangan pengguna Indonesia

Perkongsian ini menempatkan kuasa perdagangan perbualan di tangan jenama yang ingin menembusi ekonomi Internet Indonesia yang lumayan, yang dijangka mencecah nilai USD146 bilion pada CAGR 20% menjelang 2025. Dengan menggabungkan corak penglibatan perbualan imBee dengan analitik data FUTUR yang canggih, platform ini memperkasakan jenama untuk memperibadikan interaksi pelanggan secara satu sama satu. Jenama kini boleh memanfaatkan nuansa budaya yang pelbagai dalam membeli-belah untuk memacu perdagangan dan menggunakan lebih 21 juta pengguna digital baharu di rantau ini.

Dengan menggabungkan saluran pemesejan berbeza dalam satu papan pemuka, Peti Masuk One Team yang diperakui ISO 27001 eksklusif oleh imBee membolehkan pedagang menikmati pengalaman satu sembang yang lancar dan lebih memahami perjalanan, pertalian dan pilihan pelanggan, menjadikan keseluruhan pengalaman pelanggan menjadi lancar. Platform yang sama juga boleh meningkatkan kecekapan operasi dalaman dengan kerjasama yang lebih utuh berdasarkan kakitangan konteks. Dengan merungkai sekatan dan memperkemas kerjasama antara jabatan, jenama boleh mengenal pasti dan meneroka peluang penjualan dan jualan silang dengan segera, mempercepatkan masa tindak balas dan meningkatkan produktiviti ke tahap baharu.

Jenama serantau dan global boleh menggunakan platform perdagangan perbualan untuk memperibadikan pengalaman pelanggan serta menyesuaikan produk juga perkhidmatan untuk pasaran Indonesia sambil kekal setia terhadap nilai jenama mereka. Dengan perkongsikan serupa oleh imBee di rantau ini, keupayaan untuk mencipta pendekatan lancar dan konsisten yang disesuaikan dengan pilihan individu merentas negara dan budaya yang berbeza dapat disemai.

Ken Chu, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif imBee berkata, "Dunia menumpukan perhatian kepada Indonesia dan Asia Tenggara untuk ekonomi digital rantau ini yang berkembang pesat dengan perdagangan perbualan yang rancak. Industri digital Indonesia sahaja meningkat kepada USD77 bilion pada 2022. Memandangkan pengguna Indonesia terlibat dengan jenama digital dengan rona baharu, perdagangan perbualan jelas mendahului carta. Kami berbangga berada di barisan hadapan pergerakan ini dan teruja kerana perkongsian kami dengan FUTR akan memberikan jenama di rantau ini peluang yang tepat pada masanya untuk membina pertalian dengan pengguna digital Indonesia dan mengubah cerapan perbualan menjadi satu peluang pendapatan. Ini juga merupakan peristiwa penting dalam sejarah imBee."

Menurut tinjauan Facebook dan BCG, 94% pelanggan Indonesia lebih suka membeli produk daripada penjual yang responsif dalam sembang. Ketua Pegawai Eksekutif FUTR, Jeremy Quek berkata, "Saya dan Ken percaya inilah masanya. Pengguna Indonesia mahukan perdagangan sembang dan jenama yang memerhati tiada pilihan selain memilih untuk berbual. Perkongsian ini menunjukkan komitmen bersama kami untuk meningkatkan indeks kepuasan pelanggan e-Dagang di Indonesia berdasarkan data, pandangan serta perbualan yang empati dan berkesan."

Kedua-dua syarikat akan menumpukan pada penyelidikan dan membangunkan model semantik yang lebih mendalam dan keupayaan analisis data yang mantap sambil mengutamakan privasi data serta protokol keselamatan merentas semua penglibatan jenama.

Hashtag: #imBee

发行人全权负责对本公告的内容
Tentang imBee | Kerjasama - Berbicara - Memacu
Tentang imBee | Kerjasama - Berbicara - Memacu
imBee memudahkan kerja bersama. Kami ialah platform pengurusan sembang terkemuka, menyediakan penglibatan perbualan bertaraf dunia untuk membantu memacu perniagaan anda. Peti masuk kerjasama pasukan kami mencipta pengalaman satu sembang iaitu wakil daripada syarikat anda boleh berkongsi maklumat dengan lancar antara pasukan dalaman, pelanggan atau prospek semasa. Bersama imBee, pelanggan dapat memperoleh maklumat berkualiti tinggi dan respons yang lebih pantas. Jika interaksi yang cepat, mudah, berkualiti tinggi adalah penting untuk syarikat anda, pilih imBee.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang imBee, kunjungi .
Tentang PT Lini Imaji Kreasi Ekosistem Tbk (FUTR)
FUTR ialah syarikat teknologi yang membantu jenama global, konglomerat tempatan dan MSME meningkatkan hasil dan keuntungan dengan menyediakan analisis data yang tepat untuk pemilik perniagaan membuat keputusan yang berkesan; reka bentuk produk dan perkhidmatan yang disukai pengguna sambil melindungi privasi pengguna, menimbulkan rasa selamat dan keyakinan yang hasilnya diterjemahkan kepada penggunaan dan pembelian berulang.

Selaku Perkhidmatan Sehenti Pertama Asia Pasifik untuk Data, Reka Bentuk dan Teknologi, FUTR telah menjana lebih 200 juta lawatan pengguna daripada 25 juta pangkalan pengguna aktif merentas pelbagai produk dan perkhidmatan sehingga kini.
来源:

imBee

类别:

Retail

发布于:

30 May 2023

过去的新闻稿

立即联系 Media OutReach

立即联系我们