OctaFX melancarkan dagangan CFD pada saham



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 9 Novemver 2022 - OctaFX melancarkan dagangan CFD pada saham dengan tawaran mengagumkan ke atas 150 saham individu syarikat-syarikat utama dunia.


Pada Isnin, 7 November 2022, broker global OctaFX mengumumkan pelancaran dagangan CFD pada saham. Kesemua 150 aset baharu ini tersenarai di 16 bursa saham di seluruh dunia telah membuat sumbangan mengagumkan terhadap 80 instrumen CFD yang telah tersedia, termasuk mata wang, komoditi, indeks saham, dan mata wang kripto.

Senarai saham termasuk beberapa nama yang paling terkenal, seperti Apple, Tesla, BMW, Airbus, dan Amazon, serta syarikat utama lain dari A.S., Jepun, Singapura, UK, Eropah, dan Australia. Leveraj untuk saham CFD ialah 1:20. OctaFX tidak akan mengenakan komisen untuk dagangan atau memegang kedudukan leveraj semalaman. Selain itu, broker akan membayar dividen kepada trader dengan pesanan saham terbuka.

'Ia adalah satu langkah penting bagi kami sebagai broker. Dengan minat yang semakin meningkat dalam pasaran saham dan peluang utamanya untuk kepelbagaian portfolio, kami hanya perlu menambah pelbagai instrumen ini ke tawaran CFD kami. Dengan kesan harga saham terhadap ekonomi dunia dan hubungan kukuhnya dengan peristiwa politik dan ekonomi, ini juga membuka ruang untuk analisis asas dan keputusan perdagangan yang lebih luas—kedua-dua pendek dan panjang—berdasarkannya,' pejabat akhbar OctaFX mengulas.

Sebagai sebahagian daripada kempen mempromosi pelancaran perdagangan saham, broker mengumumkan bahawa ia akan memilih secara rawak lima belas trader daripada yang berdagang saham pada 1 Disember dan memberi mereka hadiah daripada kumpulan USD 10,000. Pemenang akan diumumkan di saluran YouTube OctaFX pasa 6 Disember.

Hashtag: #OctaFX

发行人全权负责对本公告的内容
About OctaFX
About OctaFX
merupakan broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses tanpa komisen ke pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan dari 150 negara yang telah membuka lebih daripada 12 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat analisis yang mereka sediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan masing-masing.

Syarikat juga terbabit dalam jaringan komprehensif amal dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan notis pendek, menyokong komuniti tempatan dan perusahaan kecil sederhana.

Di samping itu juga, OctaFX telah berjaya meraih lebih daripada 50 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah “Broker ECN Terbaik Asia 2021” daripada World Finance dan anugerah “Broker Global Terbaik Asia 2022” daripada International Business Magazine.

来源:

OctaFX

类别:

CryptoCurrencies

发布于:

09 Nov 2022

过去的新闻稿

更多

立即联系 Media OutReach

立即联系我们