Orient Europharma Lancar Dua Booster Kulit Premium Bertujuan untuk Memberikan Kesan Diamond Feel Skin® kepada Pengguna



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 30 September 2021 - Istilah "Bekerja dari Rumah" bukan lagi asing bagi kebanyakan orang. Malah kita cepat dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup kerja baharu ini sejak tahun lepas. Dengan semakin lazim penggunaan kemudahan persidangan video untuk mesyuarat dan perhimpunan secara maya, hakikatnya kita perlu memberi lebih tumpuan kepada wajah dan keadaan kulit kita sekarang berbanding masa lalu.




Ramai orang menggunakan cara yang berlainan untuk mendapatkan kulit wajah tanpa cela dan dalam pada itu meningkatkan keyakinan diri mereka. Orient Europharma Malaysia (OEP MY) menyedari hakikat ini dan teruja untuk memperkenalkan dua booster (penggalak) kulit Premium ke dalam pasaran produk kecantikan – Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. Produk yang dirumuskan di Korea ini bukan sahaja digemari oleh selebriti dan bintang K-pop tetapi juga disenaraikan sebagai jenama booster pilihan nombor satu di lebih 20 negara di dunia. Kini rakyat Malaysia boleh memiliki kulit tanpa cela seperti bintang-bintang K-Pop pujaan mereka. Produk ini digunakan oleh doktor-doktor estetik sebagai rawatan kombinasi merangkumi tiga hingga empat sesi dengan selang dua minggu. Pada akhir rawatan, kulit akan nampak lebih gebu, lebih cerah, lebih terhidrat, dengan kesan lebih segar yang memberikan aura seperti berlian.

 

Diamond Feel Forte mengandungi 67 bahan aktif yang menjadikannya penyelesaian mutlak bagi masalah kulit. Ia memberikan kesan paling optimum untuk menambah pelembapan dan menghilangkan garis-garis halus dengan menggunakan asid hialuronik ikatan silang separa.  Kesan parut disembuhkan dengan menggunakan ektrak sel tunjang tumbuhan dan Polideoksiribonukleotida (PDRN), iaitu DNA diekstrak daripada ikan salmon yang boleh mempercepat proses penyembuhan kulit. Keadaan kulit ditambah baik dengan menggunakan booster kolagen menerusi faktor-faktor pertumbuhan, peptida dan asid amino. Kajian klinikal menunjukkan penggunaan Diamond Feel Forte meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga 256% dan dapat memberi kesan penyembuhan sehingga 78% selepas tiga hari rawatan pertama, dan menambah pelembangan sehingga 215%, mengurangkan faktor-faktor keradangan sehingga 53% dan mengekang faktor-faktor penuaan sehingga 71.6% selepas enam hari rawatan pertama. Dengan tiga hingga empat sesi rawatan, kulit akan tambah berseri seperti berlian.

 

Dermal Sign E+ adalah rumusan intensif berasaskan asid hialuronik ikatan silang separa yang membantu memberi kesan pencerahan luar biasa dan kekal lama bagi mereka yang mendambakan wajah lebih cerah dan kulit tanpa pigmen. Produk ini mengandungi tiga kali ganda bahan-bahan pencerahan seperti gltathion (sejenis bahan larut air), asid traneksamik (bahan pencerahan yang kebanyakannya digunakan dalam ubat untuk rawatan pigmentasi) dan AA2G (kesan antioksidan Vitamin C stabil). Data klinikal menunjukkan bahawa Dermal Sign E+ membantu mengurangkan pengeluaran melanin (pigmentasi) dengan lebih baik daripada Arbutin (bahan kosmetik yang memudarkan hiperpigmentasi) dalam ujian kesan pencerahan. Dermal Sign E+ mengurangkan angka tirosinase sehingga 59.5% selepas rawatan pertama. Oleh sebab tirosinase bertanggungjawab terhadap langkah pertama dalam pengeluaran melanin, pengurangannya dapat mengurangkan kemunculan bintik-bintik gelap (pigmentasi, melasma, kloasma).

 

"Saya teruja untuk memperkenalkan dua produk yang hebat ini kepada pengguna dan doktor estetik di Malaysia. Rawatan menggunakan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ hanya boleh didapati di klinik-klinik estetik yang bertauliah, di mana doktor-doktor dan pakar perunding kecantikan profesional dan terlatih akan menasihati pelanggan tentang pelan rawatan terbaik berdasarkan keadaan kulit masing-masing. Kedua-dua produk yang baru dilancarkan ini telah diuji secara saintifik, selamat, berkesan dan juga sesuai untuk pengguna beragama Islam. Kulit wajah pelanggan akan menjadi lebih licin dan lebih cerah selepas hanya tiga hingga empat kali rawatan," kata Ketua Perniagaan Antipenuaan Orient Europharma Malaysia, Cik Iris Lin.

 

Pengacara TV, pelakon dan DJ radio Linda Onn merupakan selebriti pertama yang telah mencuba rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. "Sebagai seorang yang dikenali ramai, penampilan adalah sangat penting. Pada masa lalu, kami ada pembantu untuk menjaga penampilan kami sepanjang masa tetapi dengan pandemik yang berterusan sekarang, keadaan telah berubah. Sebagai seorang ibu yang beranak kecil, saya sentiasa sibuk dan saya mungkin mengabaikan sedikit penjagaan kulit saya. Saya telah diberi peluang untuk mencuba rawatan baharu ini dan selepas hanya satu bulan rawatan, wajah saya sekarang nampak lebih berseri, lebih muda dan terhidrat," kata Linda.

 

Rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ memerlukan tiga hingga empat sesi rawatan dalam selang masa dua minggu, dengan tempoh penjagaan dan penyenggaraan setiap enam bulan berdasarkan keadaan kulit. Rawatan ini berhaga RM2,500 untuk setiap sesi dan pengguna boleh mendapat harga pakej diskaun RM6,000 untuk empat sesi (penjimatan berjumlah RM4,000). Rawatan kombinasi ini sekarang boleh didapati di Sliq Clinic, Xeoul Clinic, Nextmed Clinic, X Infinity Clinic, Lara Clinic, Yuri Clinique, Dr Nazelia Clinic, B&Co Clinic, Klinik Dia Raissa, Klinik Dr Diana, Bright Clinic, M Touch Clinic, Cellesis Clinic, Calla Aesthetic, Infinity Clinic by Dr Nadz, Regalion Clinic, Kaiteki Clinic, Anggun Medi-Klinik dan klinik lain yang bertauliah. Buat janji temu dengan doktor estetik anda untuk mendapatkan rahsia kecantikan bintang-bintang K-pop yang menggunakan Diamond Feel skin®! 

 

 

Senarai Klinik Estetik yang bertauliah:

Nama Klinik

Kawasan

Nombor Telefon

Sliq Clinic

https://sliqclinic.com/

Ara Damansara

017-2775580

KL Eco City

012-7727134

Xeoul Clinic

https://www.xeoulclinic.com/

Subang

012-9696428

Nextmed Clinic

https://www.nextmedasia.com/

Petaling Jaya

011-33420688

Cheras

016-2349728

Setia Alam

010-2380688

X Infinity Clinic

https://x-infinityclinic.com/

Sunway Geo Avenue

011-19099900

Kota Damansara

011-19099900

Lara Clinic

https://laraclinic.my/

Shah Alam

017-6348045

Yuri Clinique

https://www.yuriclinique.com/

Setia Alam

019-4718050

JB

019-5468050

Dr Nazelia Clinic

https://drnazeliaclinic.com/

Shah Alam

011-26659191

Alor Setar

016-3438090

B&Co Clinic

https://beautyncoclinic.com/

The Garden, KL

0 19-669 9239

Klinik Dia Raissa

https://klinikdiaraissa.com/

Seremban 2

018-3224295

Klinik Dr Diana

https://drdianaclinic.com/

Seremban

018-268 3774

Bright Clinic

https://brightclinic.com.my/

Sunway Geo Avenue

016-9323000

M Touch Clinic

https://mtouchclinic.com.my

Bukit Jalil

017-320 2168

Cellesis Clinic

https://cellesisclinic.com/

Sri Hartamas

018-988 3168

Regalion Clinic

https://www.regalionclinic.com/

Kepong

010-2323136

Kota Damansara

013-3919155

Kaiteki Clinic https://www.kaiteki.my/

Bukit Jalil

011-33017188

Anggun Medi-Klinik

https://www.anggunaesthetic.com/

Wangsa Maju

012-6259817

Shah Alam

012-6759817

Cyberjaya

012-6759817

Calla Aesthetic

Putrajaya

019-6686867

Infinity Clinic by Dr. Nadz

Kuala Lumpur

011-2781 1007

 

发行人全权负责对本公告的内容
来源:

Orient Europharma

类别:

Business

发布于:

30 Sep 2021

过去的新闻稿

立即联系 Media OutReach

立即联系我们