Beri Perhatian Kepada Kesihatan Mata Anda dengan Lumina Eye Vitamin daripada Be Quinn Global



  • Lumina Eye Vitamin diformulasikan di Jepun dengan tiga bahan utama - Lutein & Zeaxanthin, Alga Biru-Hijau, dan Ekstrak Buah Prun
  • Ia menyelesaikan masalah umum berkenaan penglihatan yang sering dialami oleh orang ramai, sebagai contoh, rabun jauh, ambliopia (mata malas), keletihan visual dan ketegangan mata, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan warga emas

  

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 13 Ogos 2021 - Mengikut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 80% kes kehilangan penglihatan ataupun penglihatan terhad sebenarnya dapat dielakkan atau diubati[1]. Memahami perkara tersebut, Be Quinn Global (BeQ), sebuah syarikat kesihatan dan kecantikan telah melancarkan produk unggulan pertama mereka, Lumina Eye Vitamin, yang berfungsi untuk meningkatkan tahap penglihatan dan membekalkan nutrien-nutrien penting yang boleh mengekalkan kesihatan mata serta fungsi penglihatan yang baik.



 

Diformulasikan di Jepun dengan tiga bahan utama - Lutein & Zeaxanthin, Alga Hijau-Biru, dan Ekstrak Buah Prun - Lumina Eye Vitamin dicipta untuk membantu masalah-masalah umum berkenaan penglihatan yang selalu dialami orang ramai. Hal ini termasuk rabun jauh, ambliopia (mata malas), keletihan visual dan ketegangan mata yang disebabkan oleh masa skrin berlebihan (antaranya termasuk kekeringan mata, konjungtivitis, dan rabun malam), terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan warga emas, serta masalah-masalah yang lebih serius seperti katarak dan penuaan degenerasi makula.

 

Sebuah kajian pada tahun 2013 mendapati bahawa enam daripada 10 orang menggunakan cermin mata ataupun kanta sentuh[2], manakala menurut Kajian Penyakit Mata Pediatrik Segamat pada tahun 2016 pula mendapati bahawa satu daripada 10 orang di Malaysia mempunyai satu masalah penglihatan yang tidak didiagnosis dan akan menyebabkan sakit kepala yang kronik serta kesukaran pembelajaran[3].

 

Kajian tersebut yang melibatkan 1,287 kanak-kanak, turut mendapati bahawa 12.5% (161 kanak-kanak) mengalami masalah penglihatan, manakala 61% daripada 161 kanak-kanak tersebut menghadapi gangguan penglihatan dua hala.

 

Loreen Ling, pengasas dan CEO BeQ berkata, "Semasa saya berumur 8 tahun, saya telah didiagnosis dengan gejala mata malas, sesuatu yang dapat diubati dengan diagnosis serta rawatan awal. Kesedaran mengenai kesihatan mata pada waktu itu agak rendah, tetapi saya bertuah kerana ia dikesan awal. Namun begitu, ramai di luar sana yang mengalami masalah sama, oleh itu, saya berharap lebih ramai orang lebih peka mengenai kepentingan diagnosis dan rawatan awal untuk kesihatan mata yang sempurna."

 

Lumina, dengan formulasi bebas Heksana, juga sesuai untuk vegetarian dan mengandungi mineral dan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan mata dan fungsi makula yang baik. Ia juga mengandungi ekstrak bunga telang dan buah beri biru yang diekstrak dengan proses pengekstrakan berteknologi tinggi serta pengaktifan mikro bagi memastikan ketulenan produk, selain mengandungi lesitin soya, taurin, asid askorbik, dan astaxanthin, iaitu komponen-komponen yang telah terbukti bermanfaat untuk kesihatan mata. Proses pembuatan yang telah dipatenkan juga menjadikan ianya produk semula jadi dengan baki pelarut minimum serta tidak beracun.

 

"Sesetengah masalah penglihatan berkait dengan genetik anda. Anda mungkin tidak boleh mengurangkan risiko genetik, namun begitu, anda boleh melakukan beberapa perubahan ke atas diet dan gaya hidup yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menghadapi masalah berkenaan penglihatan anda," kata Loreen.

 

"Namun begitu, selalunya, kita tidak mengambil vitamin, mineral, antioksidan dan fitoestrogen yang mencukupi dan penting untuk kesihatan mata melalui diet seharian kita. Lumina, dengan formula botani yang selamat, mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk tujuan ini. Dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan herba semula jadi yang telah terbukti secara klinikal, penjagaan penglihatan tidak pernah semudah ini," tambahnya.

 

Selain daripada meningkatkan ketajaman dan tumpuan penglihatan, Lumina juga dapat menyokong fungsi mata yang sihat, mengekalkan kesihatan mata secara keseluruhan, mengekalkan kemampatan pigmen makula yang melindungi retina, serta melindungi daripada radikal bebas.

 

Ia boleh diambil setiap hari, dan BeQ menasihatkan pengguna untuk mengambil 2 sachet setiap hari pada 10 hari pertama sebelum mengurangkan pengambilan kepada 1 sachet setiap hari.

 

Berkenaan keberkesanannya pula, Loreen berkata, "Ia bergantung kepada keadaan mata anda, umur, dan beberapa faktor lain. Setiap orang adalah unik, oleh itu, hasil juga mungkin berbeza. Beberapa manfaat mungkin dapat dirasai seawal 15-21 hari, namun begitu, hasil terbaik biasanya mengambil lebih kurang 4-6 minggu penggunaan tetap."

 

Lumina telah disahkan Halal oleh JAKIM, dan telah mendapat pengesahan dan kelulusan daripada HACCP, KKM, ISO-9001 dan dihasilkan di kilang yang bertaraf GMP. Setakat ini, BeQ berkata bahawa sekotak Lumina dijual setiap 10 minit dan mereka telah mengeksport produk mereka ke Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Macau dan Taiwan, selain telah menerima testimoni daripada lebih 15,000 pengguna.

 

BeQ turut akan melancarkan I-mmuplus pada bulan Ogos, sebuah penggalak sistem imun yang mengandungi Vitamin C liposomal, iaitu partikel kecil bersaiz nano yang meniru membran sel tubuh badan dan direka untuk melindungi Vitamin C di dalam badan, sekaligus membantu penyerapan.

 

Kesemua produk BeQ boleh didapati daripada laman web BeQ sendiri, pelbagai farmasi dan kedai-kedai makanan tambahan kesihatan di seluruh Malaysia, serta agen-agen berdaftarnya di Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Macau dan Taiwan.


[1] https://www.thestar.com.my/news/education/2020/03/30/through-the-lenses-of-an-eye-care-expert

[2] https://www.cbs.nl/en-gb/news/2013/38/more-than-6-in-10-people-wear-glasses-or-contact-lenses

[3] https://www.nst.com.my/news/2017/03/217734/one-10-children-malaysia-has-undiagnosed-vision-problem-study


About BeQ Global
About BeQ Global

Be Quinn Global (BeQ) is a health and beauty company under Beauty Queen Group started by Loreen Ling in April 2017. It's star product - the Lumina Eye Vitamin is formulated in Japan with 3 main ingredients, Lutein & Zeaxanthin, Blue Green Algae, and Prune Extract, Lumina contains the minerals and nutrients required for maintaining eye health and good macular function. To date, BeQ claims that a box of Lumina is sold every 10 minutes. They have exported their products to Singapore, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Macau and Taiwan and have gotten good testimonials from over 15,000 customers. Lumina can be purchased from BeQ's own website, as well as various pharmacies and health supplement shops in Malaysia, as well as its registered agents in Singapore, Indonesia, Brunei, Hong Kong, Macau and Taiwan. For more information about BeQ and Lumina, please visit https://store.beqglobal.com/.


#BeQGlobal

来源:

Be Quinn Global

类别:

Lifestyle

阅读:

English

发布于:

13 Aug 2021

过去的新闻稿

立即联系 Media OutReach

立即联系我们