OctaFX bertanyakan kepada selebriti Malaysia apa yang mereka pelajari dari pengalaman mereka dalam mencapai kejayaan



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 11 Ogos 2021 - Broker global ini meneruskan wawancara dengan selebriti Malaysia untuk rancangannya 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan'. Tetamu-tetamu ini menceritakan kisah peribadi tentang kehidupan, kerjaya, dan pengalaman mereka dalam pelaburan.




OctaFX meneruskan wawancara dengan bintang terkenal Malaysia untuk rancangan barunya OctaFX: Kisah Telus Kejayaan. Tiga orang lagi tetamu akan berkongsi kisah sebenar di sebalik kejayaan mereka dalam musim pertama, yang akan disiarkan sehingga penghujung bulan Ogos.


Tiga episod telah pun tersedia di saluran YouTube. Ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri, pelakon Dato' Aaron Aziz, dan pelakon Janna Nick berkongsi dengan Fizo Omar, pengacara rancangan, tentang kisah susah dan senang mereka dalam mencapai kejayaan. Mereka juga berkongsi tentang strategi kewangan mereka dan memberi nasihat kepada mereka yang ingin memperbaiki kedudukan kewangan.


Dalam wawancara ikhlas mereka, bintang-bintang popular ini mendedahkan kesusahan peribadi di sebalik pencapaian profesional mereka.


Usahawan Datuk Aliff Syukri berkongsi tentang bagaimana rasa bersyukur dan kegigihan membuatkan beliau terus berjuang ketika susah, contohnya ketika kewangan beliau masih tidak stabil semasa usia muda dan semasa pandemik COVID-19. Beliau menasihatkan penonton untuk melakukan kerja sampingan atau membuka perniagaan sampingan bagi mempersiapkan diri menghadapi sebarang situasi:

'Lebih besar impian anda, lebih besar cabarannya. Lebih tinggi kedudukan anda, lebih besar risiko yang diambil. Jadi jangan sekadar mengimpikan keindahan tetapi bersedialah untuk menghadapi cabaran sebenar.'


Pelakon Dato' Aaron Aziz menekankan kepentingan melabur dalam pendidikan anak-anak dan peka terhadap pendapat mereka. 'Jangan pandang rendah kepada anak muda kita, berikan mereka peluang, dengar pendapat mereka, beri perhatian kepada apa yang mereka katakan, dan bukan siapa yang mengatakannya,' kata pelakon ini. 'Jangan lupa untuk melabur dalam pendidikan anak-anak anda. Ini akan menjamin masa depan anda sebagai ibu bapa.' Beliau menyatakan bahawa belia melihat lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam talian, termasuk dagangan Forex dan e-dagang, yang turut pernah dicuba oleh pelakon ini sendiri sebelum ini.


Pelakon Janna Nick juga merasakan bahawa perlu untuk beliau mempelbagaikan sumber pendapatan beliau dan mendapatkan pekerjaan baru. Beliau tertanya-tanya sejauh mana lakonan akan bertahan dan telah menceburkan diri dalam bidang nyanyian, pengacaraan TV, dan keusahawanan:


'Ini adalah arah hidup saya dalam sepuluh tahun yang lalu. Saya ambil apa sahaja yang ditawarkan. Ramai berkata: 'Janna Nick, kamu berlakon, kamu menyanyi, kamu mengacara,   kamu ingin buat segala-galanya, termasuklah perniagaan.' Apa yang orang tidak tahu adalah, saya telah menyimpan wang, dan telah mengorbankan kehidupan remaja saya. Dari usia 16 hingga 26 tahun, saya telah bekerja keras hingga keletihan. Sampai satu ketika di mana saya rasakan yang saya sedang bekerja, walaupun sebenarnya saya sedang tidur.'


Dalam episod rancangan akan datang, penonton akan mendengar perkongsian dari pelawak Harith Iskander, ahli muzik Altimet, dan usahawan fesyen Wak Doyok. Episod baru akan disiarkan setiap hari Rabu di saluran YouTube OctaFX.


Selain daripada menikmati kisah yang memberi inspirasi, penonton rancangan juga boleh memenangi hadiah dari OctaFX. Mereka dialu-alukan untuk menonton mana-mana episod yang disukai, jawab soalan dari Fizo Omar tentang pengalaman, impian, atau kepercayaan mereka sendiri di ruangan komen, dan mendapat peluang untuk memenangi sehelai T-shirt berjenama 200 USD untuk dilaburkan dalam berdagang bersama broker.


OctaFX: Kisah Telus Kejayaan tersedia saluran YouTube rasmi syarikat dan halaman khas.


OctaFX komited dalam membantu pelanggannya mencapai matlamat kewangan mereka. Syarikat berharap supaya rancangan ini dapat memberikan tips kewangan yang relevan dan kemahiran pengurusan wang kepada penonton.


Tentang OctaFX
Tentang OctaFX

OctaFX adalah sebuah broker global yang menyediakan khidmat dagangan dalam talian sejak tahun 2011. Ia menawarkan pengalaman dagangan canggih kepada lebih 7 juta akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih daripada 40 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik 2020' dari World Finance dan paling terbaru anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' 2021 dan anugerah 'Broker Paling Telus' 2020 dari Global Banking & Finance Review dan Forex Awards, masing-masing. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kebajikannya.


#OctaFX

来源:

OctaFX

类别:

Business

阅读:

English

发布于:

11 Aug 2021

过去的新闻稿

更多

立即联系 Media OutReach

立即联系我们