OctaFX bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) untuk mengagihkan makan malam amal semasa Aidiladha



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 3 Aug 2021 - Pada 20 Julai, OctaFX telah memberi sokongan kepada organisasi kebajikan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dalam pengagihan makanan kepada mereka yang memerlukan semasa sambutan Aidiladha.




Pada 20 Julai, OctaFX bergabung usaha dengan organisasi kebajikan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) untuk menganjurkan pengagihan makanan bagi mereka yang memerlukan. Makan malam istimewa untuk 400 benefisiari ini bertempat di Kuala Lumpur bagi menyambut Aidiladha. Keseluruhannya, 1,145 makanan telah diagihkan kepada fakir miskin dan gelandangan di rumah perlindungan dan pusat khas. OctaFX menaja 350 pek beriani dan 1,600 batang sate.


Mereka yang memerlukan ini dapat menikmati hidangan istimewa yang biasanya dimasak untuk dan dihidangkan kepada ahli keluarga dan tetamu. Wakil PERTIWI Munirah Hamid menyatakan bagaimana makan malam ini menjadi sebuah sambutan yang tenang dan memuaskan di mana setiap orang dapat menikmati dua atau lebih hidangan lazat:


'Tidak ada jalan mudah untuk mengakhiri kemiskinan. Ia berbagai muka. Setiap seorang, setiap keluarga, setiap komuniti, mempunyai masalah dan cabaran kompleks. Pandemik telah menjadikannya lebih teruk. Kita mungkin hanya meletakkan plaster pelekat pada luka yang dalam, tetapi jika itu membantu membuat setiap orang merasa lebih baik untuk hari itu, saya rasa kita harus melakukannya. Marilah kita bersama-sama meletakkan senyuman di wajah seseorang sehingga menjadi hari yang dapat ditanggung dan lebih baik.'


Sejak penubuhannya pada tahun 1967, PERTIWI telah memberikan pelbagai bentuk bantuan seperti memperjuangkan hak wanita, memberi pendidikan dan memperkasakan wanita, memberikan bantuan perubatan kepada perkampungan terpencil, memberi pendidikan kepada anak-anak angkat. Pada tahun 2010, PERTIWI telah melancarkan dapur sup bergerak untuk menyediakan makanan percuma kepada fakir miskin dan gelandangan. Makan malam Aidiladha merupakan sebahagian daripada inisiatif ini.


Mengikut tradisi sambutan Aidiladha dalam menyedekahkan daging kepada mereka yang memerlukan, OctaFX sangat berbesar hati untuk menyumbang dalam sambutan istimewa ini.

About OctaFX
About OctaFX

OctaFX adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian sejak tahun 2011. Ia menawarkan pengalaman berdagang yang canggih kepada lebih 7 juta akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih daripada 40 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik 2021' dari World Finance dan anugerah 'Broker Forex Asia Terbaik 2021' dari Global Banking & Finance Review. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kebajikannya. Sebelum ini, OctaFX telah menaja projek untuk membiayai pendidikan kanak-kanak, membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19, dan antara lainnya memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan. 


#OctaFX

来源:

OctaFX

类别:

Technology

阅读:

English

发布于:

03 Aug 2021

过去的新闻稿

更多

立即联系 Media OutReach

立即联系我们