LIFE+: Potensi Molekul Air Dalam Pengendalian Covid-19 Peringkat Awal



Penyelidik berpangkalan di Malaysia bentang rumusan pada webinar saintifik global

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 28 Julai 2021 - Semasa berlangsungnya webinar global bertajuk "The Use Of Biophysical Therapies To Treat Covid-19 Patients" baru-baru ini, wakil Malaysia telah membentangkan penemuan mereka mengenai bagaimana air molekul (dikenali juga sebagai air berstruktur molekul) boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan pesakit Covid-19 di pelbagai negara seperti Itali, China, Brunei, Singapura dan Malaysia. Antara petikan laporan tersebut ialah "Pesakit yang mengalami pneumonia akibat Covid-19 menunjukkan perubahan ketara dengan pengurangan gejala secara keseluruhan dan pemulihan yang cepat. Ini dapat dilihat berdasarkan kesan antiradang yang ditunjukkan". 

 


Robert (kiri) dan Roger (kanan) memperkatakan sesuatu semasa webinar global yang berlangsung antara 16 – 18 Julai 2021.


Penganjur acara tersebut ialah Global Scientific Guild (www.globalscientificguild.com), sebuah organisasi berprestij yang bermatlamat menggalakkan perkongsian maklumat dan kerjasama di antara para saintis, penyelidik, profesor, doktor dan usahawan dari seluruh dunia. Dalam webinar eksklusif tersebut yang menjadi platform menghimpunkan sekumpulan personaliti terkemuka bertaraf dunia bagi membincangkan perkembangan dan inovasi terkini; satu-satunya pembentang dari Malaysia ialah Robert J. Pascoe, seorang pakar dalam bidang Air Berstruktur dan Teknologi Frekuensi dan Roger Heng, Presiden IDC Global Holdings Malaysia – pencipta LIFE+ Air Molekul.  


Menerusi Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan kerjasama dengan saintis terkemuka antarabangsa termasuk Dr. Prof. Carlos Orozco, pakar onkologi berwibawa dalam penyelidikan fizik kuantum yang juga pengarang buku terlaris bertajuk 'Key to Coherence', pasukan Life+ Air Molekul telah berjaya membuat penemuan penting. Menerusi penggunaan teknologi proprietari yang dikenali sebagai Medan Magnet Fizik Kuantum, molekul air LIFE+ dengan semula jadinya distruktur semula kepada kekisi berbentuk segi enam sarang lebah yang membolehkan elektron OH- terion menjadi sangat bercas dan terikat. "Berdasarkan ujian, struktur yang diubah ini didapati memiliki molekul yang lebih kecil, pengionan negatif dan kelikatan lebih tinggi. Ini membolehkan penepuan oksigen (SpO2) yang lebih tinggi, di samping penyerapan nutrien penting dan hidrasi lebih baik pada tubuh manusia," jelas Roger.

 

Rumusan penting yang diperolehi ialah potensi peluang untuk membantu pesakit Covid-19 yang biasanya mengalami penurunan tahap penepuan oksigen darah (SpO2). Sungguhpun terapi oksigen perubatan berdasarkan penggunaan ventilator dan intubasi lazimnya dipraktikkan di hospital, kesan peningkatan Sp02 menerusi penggunaan LIFE+ Air Molekul adalah cara yang semula jadi dan tidak intrusif dalam mengendalikan Covid-19 pada peringkat awal.


Berdasarkan beberapa ujian susulan yang dibuat, LIFE+ Air Molekul ternyata memberi manfaat yang unik. Menurut Dr. Aiwina Heng Soong Yin, Penasihat Penyelidikan dan Operasi LIFE+, keputusan ujian yang dijalankan oleh Guangzhou Hua Nam Agriculture University memperlihatkan bahawa molekul air adalah lebih kecil daripada bekalan air paip biasa. Laporan ujian daripada Northern Nevada Medical Center (Amerika Syarikat), Ramaiah Hospital (India) dan Metropolis Laboratory (Amerika Syarikat) pula menunjukkan sel-sel korpuskel Darah Merah Manusia (RBCs) tercas secara elektromagnet dan dalam keadaan apung 20 minit selepas meminumnya berbanding dengan pengambilan air Osmosis Berbalik biasa.

 

"Kami sedang meneruskan kerjasama dengan pelbagai institut penyelidikan antarabangsa untuk mengkaji kesan positif produk ini secara mendalam terhadap pemulihan Covid-19," tambah Roger. Ujian yang dijalankan sehingga kini telah memperlihatkan keputusan yang amat memberangsangkan pada Covid-19 dan tempoh pemulihan pascavaksinasi, juga terhadap kelegaan gejala tanpa penggunaan ubat-ubatan. Pasukan LIFE+ turut menjangkakan peningkatan ketara dalam aspek detoksifikasi, metabolisme, keseimbangan pH dan pengawalan kolesterol, tahap tekanan darah dan gula darah pada prestasi tubuh manusia.

 

Loji pengeluaran LIFE+ Malaysia dijangka siap dibina tidak lama lagi dan akan dilancarkan pada September 2021. Beroperasi berteraskan falsafah 3S iaitu Selamat (Safe), Pintar (Smart) dan Canggih (Sophisticated), ia bakal menjadi loji pertama berpandukan sains, tanpa sentuh dan automatik sepenuhnya yang menghasilkan air minuman berstruktur paling sihat, berteraskan teknologi mekanik kuantum.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.drinklifeplus.com


#LIFE+

来源:

LIFE+

类别:

Healthcare

发布于:

28 Jul 2021

过去的新闻稿

立即联系 Media OutReach

立即联系我们