Selebriti Malaysia berkongsi kisah telus kejayaan mereka dan rancangan baru



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 15 July 2021 - 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' adalah sebuah siri wawancara baru oleh broker popular ini. Tetamunya adalah selebriti yang berkongsi kisah susah dan senang mereka dalam meraih kejayaan serta pengalaman mereka dalam pelaburan.




OctaFX memperkenalkan sebuah rancangan baru—siri wawancara dengan beberapa selebriti terkemuka di Malaysia.. 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' bertujuan untuk mempamerkan kisah sebenar di sebalik kejayaan selebriti terkenal ini.


Fizo Omar, seorang pelakon popular, adalah hos rancangan dan menanyakan soalan-soalan menarik kepada selebriti-selebriti ini tentang karier, nilai hidup, dan rahsia mereka dalam mencapai kejayaan kewangan. Penerbitan ini merangkumi wawancara dengan ahli perniagaan berjaya Datuk Aliff Syukri, pelakon terkemuka Dato' Aaron Aziz, pelakon terkenal Janna Nick, pelawak terkenal Harith Iskander, komposer dan rapper yang dikenali ramai Altimet, dan usahawan fesyen Wak Doyok. Episod pertama bersama Datuk Aliff Syukri kini boleh didapati di saluran YouTube rasmi OctaFX.


OctaFX membawakan selebriti ikonik Malaysia dari pelbagai latar belakang sebagai tetamu rancangan ini. Mereka telah menjemput usahawan, ahli muzik, dan pelakon. Syarikat ini juga mengajukan soalan-soalan yang tidak pernah ditanyakan sebelum ini dan membantu penonton rancangan untuk melihat kisah-kisah kejayaan ini dari satu perspektif baru yang lebih telus.


Datuk Aliff Syukri berkongsi pengalaman tujuh belas tahun beliau secara eksklusif untuk 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan'. Beliau berbicara tentang kesukaran dan kejayaan beliau dalam mencapai kejayaan kewangan, bilangan perniagaan yang telah beliau ceburi, pengalaman dengan mereka yang tidak menyukai beliau, dan strategi pelaburan beliau.


'Agak jarang untuk seseorang bertanyakan tentang kesukaran yang kami hadapi; tiada sesiapa yang benar-benar peduli tentangnya. Mereka selalunya ingin tahu tentang kekayaan saya, berapa juta yang telah saya capai, dan berapa banyak beg yang telah saya beli atau saya miliki. Jika saya berkongsi kisah sedih saya, orang ramai mungkin mengatakan bahawa semuanya mudah untuk saya kerana saya lahir dari keluarga kaya. Apa yang ramai orang tidak tahu, saya tidak menggunakan apa-apa dana dari keluarga saya, walaupun seribu ringgit', kata Datuk Aliff Syukri.


Ahli perniagaan ini juga berkongsi tentang apa yang diperlukan untuk melakukan perniagaan semasa pandemik global ini dan kepentingan dalam merasakan bahawa anda telah melakukan secukupnya dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.


Selain dapat menikmati kisah yang memberi inspirasi, penonton rancangan ini juga berpeluang untuk memenangi hadiah daripada OctaFX. Mereka dialu-alukan untuk menonton mana-mana episod yang mereka mahu, jawab soalan dari Fizo Omar tentang pengalaman, impian atau kepercayaan mereka sendiri di dalam ruangan komen, dan dapatkan peluang untuk memenangi sehelai T-shirt berjenama dan 200 USD untuk dilaburkan dalam perdagangan dengan broker ini.


Dalam episod akan datang rancangan ini, gergasi industri hiburan Dato' Aaron Aziz akan berbicara tentang mempunyai cita-cita yang tinggi, memulakan perniagaan yang berjaya dan bertahan dalam persaingan. Episod kedua 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' akan disiarkan pada 21 Julai di saluran YouTube OctaFX.


Ini bukanlah kali pertama OctaFX menerbitkan rancangan. Syarikat ini suka untuk bereksperimen dengan pelbagai format untuk membawakan kandungan yang paling menarik dan berguna kepada pelanggannya. Pada bulan September 2020, OctaFX telan melancarkan 'Belajar Berdagang Bersama Bintang'—sebuah siri di mana selebriti Malaysia mempelajari asas Forex bersama pedagang profesional, Gero Azrul. Pada bulan Ramadan ini, OctaFX telah menerbitkan 'Istimewa Ramadan'—sebuah rancangan memasak di mana Gero Azrul dan blogger makanan Rhys William menyediakan Nasi Lemak dan berbincang tentang persamaan antara memasak dan berdagang.


'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' kini tersedia di saluran YouTube syarikat dan di halaman khas.

发行人全权负责对本公告的内容
OctaFX
OctaFX

OctaFX adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian sejak tahun 2011. Ia menawarkan pengalaman berdagang canggih kepada lebih 7 juta akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih 40 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik 2020' dari World Finance dan paling terkini baru-baru anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' 2021 dan anugerah "Broker Paling Telus' 2020 dari Global Banking & Finance Review dan Forex Awards, masing-masing. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kebajikannya. Ia juga komited dalam memberi pendidikan kepada pelanggannya tentang perdagangan dan pelaburan dalam cara yang mudah dan menarik. 


#OctaFX

来源:

OctaFX

类别:

Business

阅读:

English

发布于:

15 Jul 2021

过去的新闻稿

更多

立即联系 Media OutReach

立即联系我们